Monday, March 10, 2014

Jangan Kupas Kulit Epal

Kita sudah terbiasa mengupas kulit epal sebelum menjadikan buah ini sebagai pencuci mulut kerana alasannya sukar dicerna atau kerana kulitnya tebal dan liat.
Kulit epal sebenarnya mengandungi separuh nutrien daripada isi buah ini.  Berikut beberapa sebab mengapa kita disarankan agar jangan mengupas kulit epal sebelum dimakan kerana khasiatnya yang banyak pada kulit epal;

Kulit epal kaya serat
Sebiji epal berukuran sedang mengandungi 4.4 gram serat. Namun jika dimakan tanpa kulit, anda hanya mendapatkan 2.1 gram serat, kurang dari jumlah harian yang disarankan iaitu 3 gram.

Kulit epal kaya vitamin  
Makan sebiji epal berserta kulitnya memberi anda 8.4 miligram vitamin C dan 98 IU vitamin A. Sedangkan jika kulitnya dikupas, epal hanya akan mengandungi 6.4 miligram vitamin C dan 61 IU vitamin A. Sementara, keperluan vitamin C harian yang disarankankan adalah sekitar 75 mg untuk wanita dan 90 mg untuk lelaki yang tidak merokok, serta 110mg untuk lelaki perokok.

Kulit epal mengurangkan masalah pernafasan

Kandungan antioksidan jenis quercetin pada kulit epall, terbukti baik untuk kesihatan paru-paru. Hasil kajian, mereka yang rutin makan lima biji atau lebih epal seminggu, memiliki fungsi pernafasan yang lebih baik.

Zat quercetin juga melindungi memori anda. Antioksidan ini membantu melawan kerosakan jaringan pada otak yang berkait dengan penyakit Alzheimer dan masalah degeneratif lainnya, menurut satu kajian pada 2004.

Makan epal dengan kulitnya membantu mencegah penyakit kanser 
Satu kajian dari Cornell University pada tahun 2007 menunjukkan, zat triterpenoid dalam kulit epal membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser usus dan sel-sel kanser payudara.

Epal baik bagi penggemar diet sihat
Kulit epal juga mengandungi asid ursolat yang meningkatkan fungsi otot dalam membakar kalori serta menurunkan risiko obesiti, menurut kajian tahun 2012. [suaramerdeka]

6 comments:

Anonymous said...

oooh baru tau...tq

Fuza Musa said...

opah selalu kata kalau tak kupas nanti kulit tu sagat perut...hahaha

wsc biolo said...

saya suka makan langsung sama kulitnya

Cheqna said...

Tq..kadang2 bila rajin and sempat membaca boleh dapat info2 berguna :-)

Anonymous said...

Kulit epal mungkin disalut lilin. Boleh basuh dengan cuka dan air hangat dan kesat untuk hilangkan selaput lilin. Sumber

http://www.arimifoods.com/wax-coating-apple-fruits-healthy-or-unhealthy/

hairul said...

salam. kalau epal tu tanam sendiri bleh la x pyh kupas. ni kita beli, epal tu dh bpe bulan dalam kotak, kluo masih fresh. apa pengeluar sapu pada kulit epal?? nmpk berkilat je?? cuba fikir2 kn. jgn amik je apa yg di baca tnpa berfikir dahulu. walallahualam....