Tuesday, August 9, 2016

Enam Khasiat Unik Buah Durian

Durian, si raja buah beraroma tajam yang manis isinya. Buah tropika ini kaya dengan fitonutrien, antioksidan, protein, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh.
Durian menawarkan sejumlah manfaat kesihatan bagi mereka yang memakannya. Berikut beberapa khasiat yang terdapat dalam durian.

1. Meningkatkan kesihatan kulit
Di sebalik rasanya yang lazat, durian kaya dengan Vitamin C. Setiap pangsa durian mengandung 80% nilai harian (DV) vitamin C yang diperlukan tubuh.
Vitamin ini penting dalam pembentukan kolagen iaitu protein dalam kulit, tulang, tendon, ligamen, dan pembuluh darah. Vitamin C juga membantu mengembangkan resistensi terhadap virus dan radikal bebas. 

2. Melancarkan sistem pencernaan
Durian kaya zat thiamin/ vitamin B (61%) yang merangsang nafsu makan, serta menghasilkan asam klorida dalam lambung sehingga menyihatkan sistem pencernaan. 

Bola Berapi : Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi

Permainan bola berapi bertujuan  untuk menguji ketahanan dan kekuatan psikologi dan rohani oleh pelajar-pelajar  beberapa Madrasah di  Jawa Timur, Indonesia begitu mencabar sekali.  Setiap  pemain perlu bersedia untuk menghadapi  perlawanan bola sepak berapi dengan melakukan amalan dan pembelajaran seperti berpuasa selama 21 hari  serta mengamalkan  doa -doa tertentu  untuk 'menjinakkan api'.

Permainan selama 60 minit yang sukar  di atas padang berkeluasan 25 x 25 meter, dengan kaki tanpa kasut pastinya terdedah dengan kemungkinan kecederaan akibat menyepak bola kelapa yang terbakar yang telah direndam di dalam minyak tanah selama dua hari[Lihat foto dan video permainan menarik di bawah]