Tuesday, December 3, 2013

Tuah Kanak-Kanak Ni Pada Kakinya, Usia Baru 20 Bulan Ikat Kontrak Dengan Kelab Ternama


Tuah ayam pada kakinya, tuah manusia tak siapa yang tahu. Namun tuah kanak-kanak ini benar-benar pada kakinya.
Satu ikatan perjanjian bersejarah dan juga rekod dalam dunia bola sepak telah tercipta di Belgium. Ketika kelab-kelab yang lainnya berlumba-lumba mencari pemain atau calon pemain bintang, sebuah kelab di Belgium, FC Racing Boxberg, telah mengikat kontrak dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia kurang dua tahun [20 bulan].

Bryce Brites, 20 bulan direkrut menjadi pemain profesional oleh Boxberg. Kini Bryce berstatus sebagai pemain skuad junior Boxberg di bawah lima tahun.

Kesepakatan antara Boxberg dan Bryce tercapai kerana Sekretariat Boxberg, Dany Vodnik, mengaku melihat bakat semulajadi yang dimiliki Bryce ketika mengawal bola walaupun Bryce belum boleh berlari dengan betul.

"Dia memiliki kemahiran mengawal bola melebihi kanak-kanak seusia dengannya. Dia dapat menggelecek dan mengawal bola melalui rintangan, dan dapat mengumpan bola dengan kaki kiri atau kanan," ujar Vodnik.

"Jika anda memintanya menendang bola sejauh tiga atau lima meter, maka dia akan melakukannya, tetapi dia masih belum dapat bermain dengan pemain berusia lima atau enam tahun. Kami masih memberi perhatian khusus kepadanya," terang Vodnik.

Suatu hari nanti tidak mustahil kemungkinan Bryce akan menjadi harapan untuk Pasukan Nasional Belgium dan jadi penerus Eden Hazard. [metro.uk]

No comments: