Wednesday, December 11, 2013

Gadis Remaja Sering Makan "Junk Food" Berisiko Terkena Kanser Payudara


Junk food adalah jenis makanan yang tidak sihat (sampah). Junk food mengandungi sejumlah lemak yang besar, rendah serat, banyak mengandungi garam, gula, lemak, kalori tinggi dan zat aditif tetapi rendah nutrisinya, rendah vitamin, mineral juga serat.

Hasil penelitian yang dilakukan, penyelidik menegaskan bahawa gadis remaja yang suka atau sering makan junk food memiliki risiko lebih tinggi terkena kanser payudara. Penelitian ini dilakukan oleh penyelidik dari Michigan University dengan kerjasama National Cancer Institute. 

Menurut peneliti, makan junk food akan menyebabkan peningkatan lemak di payudara sehingga muncul pertumbuhan jaringan di payudara.

Para ilmuwan juga menemui hubungan yang kuat antara jenis makanan tinggi lemak semasa gadis mengalami proses 'puberty' [baligh] dan kecepatan sel-sel kanser berkembang.

Ketua  penyelidik, Sandra Haslam dari Michigan University mengatakan, kanser payudara boleh terjadi bukan kerana gemuknya seseorang tetapi adalah disebabkan peningkatan lemak tidak sihat daripada makanan seperti junk food. [mirror.co.uk]

2 comments:

Akeyla Azmi said...

:(
ok ok ill stop eating junk food now

sabun penghilang bau badan said...

dah dibilangin kalau perawan jaga makanannya,kata ortu dulu