Tuesday, October 23, 2012

Pisang Penyelesai Masalah DVD Rosak Kesan Calar

Sukar untuk percaya, tetapi ia ternyata memang berkesan. Terdapat bahan-bahan isi rumah yang dapat membantu menyelesaikan masalah cakera padat seperti DVD dan CD rosak, tersangku-sangkut semasa dimainkan kerana kesan calar pada permukaan cakera.

Sekiranya cakera anda tidak dapat dimainkan, cuba beberapa penyelesaian yang mudah dan murah, antaranya dengan buah pisang.

Sapukan isi pisang pada cakera, kemudian gosokkan pula  bahagian dalam kulit pisang pada permukaan cakera tadi.  Bilas dengan air, kemudian gilap dengan kain lembut dan biarkan cakera kering.  Cakera anda sudah boleh dimainkan semula.
Kaedah ini berfungsi untuk cakera tercalar sedikit, tetapi jika cakera anda mempunyai kesan calar  yang teruk, lebih baik anda simpan saja pisang itu untuk pencuci mulut.

Selain pisang, wax kereta juga sesuai untuk memulihkan cakera padat yang tercalar.  Caranya sapukan  cakera padat anda dengan cecair  wax kereta, kemudian bilas cakera dan biarkan ia kering.  Pemain DVD anda akan dapat membacanya lagi.

Penggilap perabot berfungsi pada kedua-dua cakera yang sedikit tercalar dan juga yang tercalar banyak, walaupun ia akan mengambil masa beberapa kali untuk  untuk memulihkan cakera dengan kesan calar yang  dalam. [digitalOne]

1 comment:

OdahOne OdahOneBizz said...

bagusnya pisang boleh setelkan mslh DVD yang bercalar...sekaligus boleh merawat hati yg tercalar sebab layan movie asik sangkut2..hoho...boleh dipraktikkan ni