Saturday, October 20, 2012

Lihat Kesihatan Diri Anda Melalui Tapak Tangan Bah. 1

Tahukah anda, bahawa tubuh kita seringkali memberi amaran tentang keadaan kesihatan badan kita. Ada beberapa anggota tubuh yang biasa memberikan tanda tentang kesihatan kita. Antaranya, mata, lidah, urin, dan juga kulit. Itu yang biasa kita tahu. Sebenarnya selain anggota tubuh di atas, laman Times of India menyatakan bahagian telapak tangan juga memberi petunjuk dengan tanda- tanda yang tertentu berhubung masalah kesihatan diri kita.

Berikut ada beberapa petunjuk untuk mengenali tahap kesihatan diri melalui telapak tangan:

1. Tapak tangan berpeluh
Telapak tangan basah berpeluh biasanya terjadi apabila anda merasa gugup atau cemas. Awas, jika keadaan ini terus-menerus terjadi tanpa sebab yang jelas, anda mungkin mengalami gangguan kelenjar tiroid atau jantung.

Adanya peluh yang tidak terkawal di bahagian tapak tangan adalah akibat kelenjar tiroid yang terlalu aktif sehingga menyebabkan peningkatan metabolisme tubuh. Akhirnya tubuh membakar kalori berlebihan yang memacu peningkatan suhu tubuh dan pemeluhan pun tidak terkawal di bahagian badan tertentu.

2. Tapak tangan memerah
Keadaan ini menjadi petanda adanya gangguan hati akibat pengembangan pembuluh darah sebagai respon atas ketidakseimbangan hormon yang disebabkan kerosakan hati. Perubahan warna muncul di sekitar pergelangan tangan dari pangkal ibu jari dan kelingking.

Selain gangguan hati, telapak tangan yang memerah itu juga kerap memberi petunjuk adanya penyakit lain seperti rheumatoid arthritis dan gangguan tiroid.

3. Tangan bergetar @ gementar
Tangan getar biasanya terjadi jika kita cemas, panik, atau mungkin kelelahan memegang suatu benda yang berat, tetapi jika getarnya itu tanpa sebab dan tidak boleh dikawal, sebaiknya anda perlu waspada.

Tangan bergetar tanpa sebab boleh menjadi peringatan awal adanya serangan Parkinson. Penyakit ini mempengaruhi sistem saraf seperti gangguan gerak otot-otot tubuh. Jika perkara ini terjadi kepada anda atau keluarga, maka sebaiknya segera berjumpalah dengan doktor.

4. Kuku berubah warna
Kuku yang sihat biasanya berwarna kemerahan atau juga dikatakan rona merah muda. Namun, jika keadaan kuku anda berwarna pucat kuning kehijauan, waspadalah. Ada kemungkinan terjadi infeksi kulat. Dalam kes-kes khusus, perubahan warna pada kuku seperti ini adalah petunjuk awal adanya penyakit paru-paru.

JIka ada kesan kecoklatan pada warna kuku anda, seperti tahi lalat di bahagian garis kuku, itu dapat menjadi petunjuk adanya penyakit kulit psoriasis. Bersambung bahagian 2... [liputan6.com]

2 comments:

fandyzblog said...

Salam, thanks for sharing.. ingat tilik tapak tangan tadi :)

❤Kamsiah❤ said...

pernah sorg ustazah,upline HPA tgk tapak tgn..dia kata ada masalah sembelit yg teruk,kan...ya...saya mengangguk malu..:)