Tuesday, June 19, 2012

Petua Dapur : Air Kelapa Melembutkan Ayam Tua & Kelapa Parut Tahan Lama

Ayam tua biasanya keras atau liat dan sukar untuk memasaknya menjadi lembut. Berikut petua yang boleh digunakan untuk melembutkan daging ayam tua.
Mula-mula, potong kecil-kecil ayam tersebut.  Kemudian rebus ketulan ayam tadi bersama air kelapa sehingga empuk.  Toskan airnya, setelah itu barulah boleh dimasak mengikut citarasa anda.  Selamat mencuba.

Kelapa Parut Tahan Lama
Kelapa parut yang tidak habis digunakan jika dibiarkan begitu sahaja akan menjadi kering dan berbau.  Untuk mengekalkan kesegarannya, rendam kelapa parut dengan air yang telah dicampur sedikit garam.  Simpan di dalam peti sejuk.  Kelapa berkenaan akan tetap segar hingga beberapa hari.

8 comments:

::thexieza:: said...

wah petua baru..
bole try lps ni..
:)

3no gr33ny said...

aym tua...huhu

deno said...

thanks for sharing :)

Melati Qistyna's Mummy said...

Bab kelapa parut tu yg berguna... :D

aima said...

aa. bab kelapa parut tu bole try test

ummiarissa said...

saya biasa dengar dah petua ni...memang sama,tapi saya tak pernah cuba lagi...biasanya petua dari orang-orang tua ni kan..

klANA said...

bagus utk diamalkn.. sng nk masak nanti, tengs

roza said...

Dh pernah cube memang ayam jadi lembut..tq share petua ni..