Saturday, May 12, 2012

Uji Kehebatan Kereta Baru Bersama Babun

Pengeluar kereta Hyundai telah mengadakakan sesi ujian ketahanan dan kelasakan kereta hatcback barunya  dengan segerombolan babun di Knowsley Safari Park, Merseyside. Babun adalah antara haiwan yang tergolong dalam binatang cerdik.  Lebih 40 ekor babun di taman tersebut mengambil bahagian menguji keseluruhan bahagian kereta termasuk luar dan dalam. Sesi ujian tersebut berlangsung selama lebih 10 jam dengan pengendalian yang kasar.

Babun-babun ini berjaya menjalankan tugasan masing-masing seperti melompat, mencakar, menggigit, mencabut dan sebagainya. 
Malah babun-babun ini bereksperimen dengan semua jenis suis, menggunakan peralatan bekas makanan dan minuman, sama ada material yang digunakan tahan lasak dan mudah dibersihkan.

Hasilnya, terdapat kesan calar, material daripada getah tercabut, kesan gigitan pada setering, dan banyak kesan cap jari dan palitan. Pihak Hyundai berharap ujian ini dapat membantu syarikat melakukan penyelidikan dan kajian untuk keluaran akan datang.

Bagaimana pula dengan kereta buatan tempatan. Mampukah kereta nasional kita boleh bertahan seperti kereta hyundai ini...
 Kedaan kereta selepas diuji

6 comments:

kakcik kepala kecik said...

pakat mai nak test drive.. :D

thomas said...

sepatutnya injin ditinggalkan dlm keadaan on dan gear kat D,barulah boleh nampak baboon tu pandai bawa kereta tak.

Adylia Qarissa said...

cuba test kete kita ngn babun..tak lama, bagi 1 jam je heheee

ICAH BANJARMASIN said...

wkwkwkkw...betul banget nih bang..uji mental..gkgkgkgkgk

caliph shuriken said...

lingkup i30 ni klau bg geng babun test slalu, hukk...

Camy Alya said...

peh. berapa banyak hyundai rugi ni nak maintenance balik. haha :P