Wednesday, April 11, 2012

5 Petanda Awal Penyakit Jantung

Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat.  Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring.  Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.  Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.  

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya.  Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari.  Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

13 comments:

Mak Wardah said...

scary sgt2, tkasih

faeez said...

bila marah je..dada pun rasa sakit..tu pun tanda gak ke?

karga said...

i like your blog

Melati Qistyna's Mummy said...

kadang2 petanda tu kita x perasan... hukk

kak mah said...

Petanda awal yang biasa bermain di persekitaran kita.

Myra Jay said...

Memang kena alert dengan perkara ni, sebab penyakit jantung ni bahaya

Cheqna said...

satu peringatan..kena berhati2 sebab sekarang dah tak kira sapa..

~~zana@pb~~ said...

Bapa mertua saya sakit jantung tp berselera makan. Saya pula kerap buang air waktu mlm...risau juga ni.

ZORA said...

bhaya ni,,bhya2....

gnesop poseng said...

kena sentiasa jaga kesihatan dan makan..
seringan jantung ada 2..
ada yg terus teruk (terus mati)
ada yang sederhana (amaran awal)

jika ada tanda awal, sila terus buat pemeriksaan :)

Cik Kay Jue said...

thnks.. mohon share boleh?

anie said...

mencegah lebih baik dari mengubati

Mak Lagenda said...

Kadang2 tanda2 kecil tu kita selalu tak perasan..Dah parah, baru terduduk!