Sunday, December 4, 2011

Minyak Ikan Diet Terbaik Untuk Otak... meningkatkan daya ingatan

Makan minyak ikan seperti salmon dan trout dapat meningkatkan memori, kata ahli-ahli sains. Satu kajian baru mendapati bahawa asid lemak yang ditemui dalam ikan dan makanan laut boleh meningkatkan fungsi ingatan sebanyak 15 peratus. Diet yang kaya dengan minyak ikan amat digalakkan terutamanya anak-anak yang sedang membesar untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan otak yang optimum malah ia juga dapat mencegah permulaan demensia.
DHA - asid lemak Omega-3 didapati dalam makanan laut seperti salmon, tenggiri, sardin, trout, udang dan kupang sangat baik untuk otak kerana ia berfungsi membantu meningkatkan daya ingatan dan kepantasan memori.

Ketua penyelidik, Profesor Welma Stonehouse Massey University di New Zealand berkata: "Ini adalah kajian pertama yang terbukti menunjukkan bahawa makanan tambahan yang kaya dengan DHA boleh memperbaiki beberapa aspek fungsi ingatan di kalangan orang dewasa muda yang sihat.

DHA, merupakan salah satu lemak yang paling banyak tertumpu di dalam otak dan diketahui memainkan peranan yang penting dalam struktur dan fungsi otak.
Kajian menunjukkan bahawa peserta lelaki yang mengambil suplemen DHA menunjukkan 15% lebih pantas kelajuan memorinya manakala wanita pula mempunyai tujuh peratus peningkatan kelajuan memori .

Diet yang sihat untuk otak ialah sekurang-kurangnya dua bahagian ikan seminggu, termasuk salah satu daripadanya ikan berminyak. [dailymail.co.uk/health]

5 comments:

Adylia Qarissa said...

kalau dah dewasa macam mana nak bagi memori kuat yea??

S..U..D..@..I..S said...

sangat kurang minyak ikan sbb tu kurang cergas...

Syuxer said...

owh..makan minyak ikan boleh tingkatkan memori..patutla..

Seri Bahasa said...

dulu selalu ambil minyak ikan bentuk pill...ni dah lebih 10 tahun break...

♥ ieRa ♥ said...

kalau makan sushi ikan salmon ok tak?

http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/refererx-bantu-tingkat-trafik-dan.html