Wednesday, November 30, 2011

Demi Sesuap Nasi ...

Demi sesuap nasi... seorang wanita bersama anak kecil di atas basikal diikat pada pinggangnya melakukan tugasannya menyapu sampah-sarap di hadapan deretan bangunan kedai di tepi jalan raya di Wenzhou, wilayah Zhejiang, Timur China. Wanita ini menggunakan tali untuk memastikan anaknya tidak pergi jauh daripadanya.  Ibu ini berasa lebih lega jika anaknya sentiasa berada di sisinya daripada terbiar tanpa pengawasan yang sempurna jika ditinggalkan di rumah sendirian. 
Pekerjaan yang halal walaupun hanya dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa adalah lebih mulia daripada mereka yang sihat tetapi menadah tangan meminta sedekah di jalanan.

8 comments:

Cik Sue said...

ibu mithali neh...huuu

aku budak klang said...

kasih ibu mmg tiada siapa boleh petikaikan....

NURUL ASHIKIN said...

inilah yang patut kita jadkan inspirasi dalam hidup kita..bukannya artis yang tah hapa yang mereka sumbangkan

NeoBalanoCarpus said...

patut ambil pengajaran..

CintaZulaikha said...

teringat kan mak, sb alkisahnya, diri ini pon begitu dulu, sama cam dlm gambo.tapi bersyukur ngn apa saja rezeki yg tuhan bagi..alhamdulillah..

afzalsukasuki said...

di negara china memang macamtu.adakalanya anak2 di tambat di tiang2 sewaktu ibu mereka bekerja dan diambil balik setelah waktu petang.nak kata kejam pun tak boleh..tapi itulah hakikatnya di sana

Kazman & Sue said...

kalau macam ni kat malaysia mahu tutup pusat jagaan kanak-kanak... heee3x

.: iEyLa :. said...

kasih sayang ibu yg tiada tandingannya di dunia ni..