Thursday, August 18, 2011

Kopi Mencegah Kanser Kulit

Berita baik bagi para pecinta minuman kopi. Si hitam yang nikmat diminum pada segala suasana ini memiliki manfaat luar biasa bagi kesihatan. Kopi ternyata dapat mencegah serangan kanser kulit. Demikian hasil penelitian yang dilakukan pasukan penyelidik yang diketuai oleh Allan Coffey dari National Cancer Institute, Amerika Serikat, baru-baru ini.

Kandungan kafein dalam kopilah yang menjadi kuncinya. Mereka mendapati kafein dapat mencegah berkembangnya kanser kulit, membunuh sel-sel yang rosak dan mencegahnya daripada merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh. Kafein bahkan dapat memangkas ukuran tumor hingga 69 peratus. [liputan6.com]

17 comments:

ABU said...

oh info bagus ni..

hanez said...

salam, kena slalu minum kopi ni..:)

zati embong said...

jat cari kopi bl jat ngntuk time kerja,hihi

whiteorange said...

info ni mungkin betul, kalau tidak masakan arwah dato aku jejak umur 125 tahun minum kopi

SOALNYA sekarang kopi yang macamana

kopi sekarang dah banyak kena KACIP, Kena TONGKAT, kena PUTIH, kena MERAH dan macam macam kenalah ... tu belum kira yang kena DNA ..

yang terbaik KOPI GABRES .........

muse said...

kopi memang power dan berkhasiat sudah terbukti seantero dunia bro sebab itu harga kopi tu mahal...

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

kopi satu

hehe .

thanks for the info ye

:)

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Begitu juga dengan minuman teh, kopi memang ada khasiat jika meminumnya mengikut sukana yang betul dan kurang bahan pemanis atau bahan tambahan perasa.

Saya suka beli biji kopi yang telah di "masak" dan saya kisar sendiri. Rasanya lebih beraroma dan sedap terutamanya biji kopi Brazil dan biji kopi Colombia. Campuran biji-biji kopi yang berlainan jenis juga menghasilkan kopi yang sungguh sedap (mengikut selera masing-masing).

Di Melaka saya beli biji kopi di satu kios yang ada dalam pasaraya CARREFOUR yang dekat dengan Dataran Pahlawan.

Ahmad Zaki said...

Ops... ada silap taip, sepatutnya "mengikut sukatan"

KeTaM_BaTu said...

baru ketam tau... tapi ketam tak minum kopi. urmmm

Freaky said...

saya peminum kopi yang tegar

uncle hyree said...

selaku peminum kopi tegar..uncle amat menyokong info ini..cuma minum mengikut sukatan jangan dok nentedarah 24jam..karang dok ingat tarak kanser..kencing manis pulak yg datang hihihihi

JOURNEYMAN said...

Salam NUR Ramadhan,

Blog ORANG MUO diperakui banyak membantu masyarakat mendapatkan maklumat dari kesemua ruang dan sudut.

Blog in sewajarnya dijadikan inspirasi kepada blog2 lain.

Harap pihak Tuan dapat linkkan blog saya.

JOURNEYMAN
http://journeyisman.blogspot.com/

EmpayarUtama said...

kopi o beng satu... masuk tepen aaa

Adylia Qarissa said...

dkna tak suka kopi...ermmmmm

cemomoi said...

kabarnya nabi s.a.w juga suka minum opi

Norgadis Labuan said...

Bagusnya, saya memang suka minum kopi. Kalau zaman kecil2 dulu, kopi tak payah beli, kita boleh tanam dan kisar sendiri.

wanbu said...

huhu.. kena suka minum kopi la pas nie walaupun tekak mcm tak leh terima :P