Monday, July 25, 2011

Warga Jepun Miliki Jantung Sihat dengan Rumput Laut

Dublin: Jepun terkenal dengan warganya yang gemar bekerja keras dan memiliki stamina kuat. Apa rahsianya? Lihatlah menu makanan warga Jepun yang selalu dihiasi dengan makanan hijau rumpai laut. Si hijau yang lembut ini terbukti dapat melindungi jantung. Demikian hasil penelitian yang dilakukan oleh para pakar di Pusat Penyelidikan Makanan Teagasc, Dublin, Ireland, baru-baru ini.

Rumpai laut dapat membantu menstabilkan tekanan darah sehebat ubat yang biasa digunakan untuk menurunkan tekanan darah. Ia juga dapat mencegah serangan jantung dan juga stroke. Kandungan protein tinggi yang dikenali dengan sebutan peptida bioaktif adalah kuncinya. Kandungan protein tersebut setara dengan jumlah protein yang terkandung dalam susu. [Jurnal Agricultural and Food Chemistry.] (Dailymail)

8 comments:

ataicha said...

wah.. nak kena start makan makanan berasaskan tumbuhan...huhuhu

syiela said...

nampak cam sedap je...

SYAFIQAHSALEH said...

really? thanks for the info ya :)

Seri Bahasa said...

dulu orang kampung selalu makan ulam...jarang sakit...umur pun panjang2...

saya dewi said...

rumpai laut. err sedap ke?
hee. btw nice info oke! ^__^

Aida Omar said...

alamak kena pakat makan rumpai laut jugak la kan..baru sihat.

amir aizat said...

rumpai laut telan terus jer.hehe

amna said...

best ni.. tapi boleh ke saya telan alga ni.. huhu sob3~