Subscribe Us

Khazanah Perhiasan $22 Bilion Ditemui di Sebuah Kuil


Satu khazanah perhiasan emas dan perak, wang syiling dan batu permata yang dikatakan bernilai berbilion-bilion dolar telah ditemui di sebuah kuil Hindu di selatan India, kata seorang pegawai hari ini. Barangan berharga mempunyai anggaran awal bernilai lebih 500 bilion rupee ($22 bilion), kata Ketua Setiausaha Kerala K. Jayakumar, mengisytiharkan sebagai kuil terkaya di India


Beribu-ribu utas rantai emas, syiling emas dan batu berharga telah disimpan sekurang-kurangnya di lima buah bilik kebal bawah tanah di Kuil Sree Padmanabhaswamy yang terkenal dengan ukiran rumit itu.



"Kami masih belum membuka lebih daripda satu ruang rahsia yang belum dibuka selama hampir 140 tahun," Jayakumar kepada AFP.


Nilai sebenar jumlah harta hanya dapat ditentukan selepas ia dikaji oleh jabatan arkeologi, kata Jayakumar. 


Kuil, khusus untuk tuhan Hindu Vishnu telah dibina sejak ratusan tahun dahulu oleh raja Travancore hasil sumbangan dan derma oleh penganut telah disimpan dalam peti besi kuil. Sebuah kalung ditemui pada hari Khamis adalah 18 kaki (enam meter) panjang. Beribu-ribu keping syiling emas juga telah dijumpai.


Sejak India mencapai kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947, amanah yang diuruskan oleh keturunan keluarga diraja Travancore telah dikawal oleh pihak kuil. 

Post a Comment

2 Comments

Seri Bahasa said…
bila pula kita nak dapat harta karun macam tu..
Kak Mahh said…
Lepas ini kawalan ketat akan dikenakan.