Saturday, June 25, 2011

Pelajar IPT Kumpul Seluar Dalam Lama Untuk Pameran Tamat Pengajiannya Atas Nama Seni

Lagi...berita pelik dari Cina... Seorang pelajar seni IPT Cina mengumpul seluar dalam lama daripada semua rakan sekolej untuk projek akhir pameran tamat pengajiannya di Wuhan, Wilayah Hubei, China.
Yi Ci, seorang pelajar senior Hubei Institut of Fine Arts, menampal suatu notis di bangunan asramanya dalam usaha untuk mengumpul seberapa banyak seluar dalam lama daripada rakan-rakan asrama.
Dalam notanya Yi Ci menulis, "Saya Yi Ci, jurusan kajian filem, ingin mengumpul pakaian dalam terpakai anda untuk projek pameran tamat pengajian saya. Semoga anda sudi menderma seluar dalam lama anda. Sila letakkannya di dalam kotak di bilik mandi awam. Kerjasama anda akan membuatkan kerja-kerja seni yang besar ini berjaya. Sila sertai saya! "
Tugasan Yi Ci bertajuk 'Privasi' dan sumbangan setakat ini berjumlah lebih ratusan helai seluar dalam. Hmmm...macam-macam idea dan perangai mengarut ni. Wahai adik-adik pelajar IPT yang cerdik pandai... kalau nak buat projek atau tugasan kursus tu biarlah yang masuk akal waras ye...kita yakin pelajar-pelajar Malaysia sama ada yang menuntut di dalam atau di luar negara sentiasa berpegang pada ajaran agama, budaya dan adat resam tinggalan tok nenek kita [oren.co.uk]

9 comments:

Nurul Jannah said...

pelik2 betul..huhu

syarifahsidrus said...

kat malaysia kalau buat confirm kena cop gila!

Acik said...

budusssss jer! :(

Kaoshi said...

wah... serious kreatif.bodoh tak bodoh tu nombor 2. macam mr bean jugak..
Lawat Kaoshilogy

syrupmasin said...

haha..unik..patotnye buad macam nih ari tuh..haha,,nesti masuk berite jugak :D

Cikgu said...

pergghhh...aku buang je seluo dlm ni

Sarah Mohd Saleh said...

ohhh-emm--ggg!yeckk..geli kot..tp sgt kreatiff...;D

zati embong said...

wawawa kire berjaya la dia,sbb berita psal dia nk kumpul pakaian dlm smpai ke Malaysia tahu.hihihi

Nur Hawa Mohd Zin said...

ada kaitan ke benda tu ngan seni? hehhe