Friday, June 24, 2011

Manusia Paling Berbau...Langsung Tak Mandi Lebih 37 Tahun

Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau di dunia?  Encik Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.  
Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya beliau amat  percaya dengan  nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.  Encik Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Encik Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu. 

Setiap hari Encik Singh menghabiskan hari-harinya dengan lembu peliharaannya alam cuaca sangat panas 47C.  Namun dia hanya melakukan 'pembersihan' dengan 'mandi unggun api' pada setiap malam sambil menghisap marijuana, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.
'Beliau  lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Ia telah berlalu bertahun-tahun dan  kini saya sudah biasa dengan keadaannya

"Saya belum mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan membersihkan diri  lagi.  Mungkin apabila saya dilahirkan semula barulah saya akan mandi," katanya. [dailymail.co]

18 comments:

semutmerah said...

bucuk ! haha !

kjaharun said...

euwwww...
kesian bini si singh ni...

ummiarissa said...

kadang-kadang perkara yang pelik2 ni suka sangat orang yang tak beriman buat...nasib baik dia orang kafir...

ASaDa RyutaRo said...

tak waras dah lelaki ni.. sian sungguh family dia.

thomas said...

boleh pengsan kalau pergi dekat.

IeDa said...

sungguh pelik org ini..

Anonymous said...

Ikut suka dia ...

Cik Sue said...

erkkk...cemaner nak hidup kalau tak mandi?...saya kalau jam dah sbelas pagi kalau belum mandii..kepala dah pening...huhuhuh xboleh leee kalau tak mandi...

wadud@duad said...

bro.. selama wadud blaja ilmu perbandingan agama kan, tak dinafikan lagi.. kebanyakan kepercayaan orang india memang macma gitu.. :)

zati embong said...

huhuhu.ni nk speechless ni.huhuhu.abeslah,ni ada smpai ke abes umur x mandi ni.

Seri Bahasa said...

mengalahkan kambing kalau macam ni...

aimanina said...

err, dia tak rasa melekit atau melengas ke kat badan dia toh? haishh! =,=

Khairil said...

pelik-pelik le depa kat sana tu...

Pojiepooh Abdullah said...

Percayakan sangat tok guru tah datang dari mana tah tuh. Eiii pengotor!

PojiePooh; Hanya Satu...

Ringgo said...

bau depa masyaAllah ..
sapa la yang p bersuara kat dia mcmtu..

Shiela Latif said...

adoiii lah haiiii

niena shopping2u said...

mak aih.. org yg cmni pn ada gak ke.. adeh,...

www.myobw.com said...

lagi laa ngek... selama 37 thn x mandi perggg.... bau dia mesti pure punye.... skali p dekat ngan dia mau pengsan sebulan... hahaha!