Thursday, June 23, 2011

Haiwan Babi Sebagai Medium Pengembangan Organ Manusia Buatan

[Artikel ini hanya untuk pengetahuan am...sekadar info sahaja, harap maklum].  Tokyo-Biasanya proses pengembangan organ tubuh manusia buatan dilakukan di dalam makmal khas. Namun pada masa kini, teknologi sel induk artifisial itu boleh dilakukan pada tubuh haiwan. Para penyelidik dari Universiti Tokyo, Jepun, telah berjaya mengembangkan teknologi tinggi tersebut melalui haiwan babi.
Sel induk adalah sel pluripoten yang diambil dari embrio. Sel induk pluripoten dengan teknologi tertentu tidak hanya dapat dikembangkan menjadi jaringan yang spesifik, malah mampu menjadi organ. Mereka berhasil menggunakan tubuh haiwan sebagai medium untuk organ tumbuh dari sel induk spesies lain.

Prof Hiromitsu Nakauchi, pakar sel induk dari Universitas Tokyo   mengatakan, kemiripan struktur Asid Nukleat Deoxyribo (DNA) yang dimiliki manusia, paling sesuai digunakan dalam tubuh babi.
Prof Nakauchi mengatakan ada beberapa kelebihan organ berkembang dari sel batang. Kebaikan pertama mengatasi masalah berkaitan kurangnya penderma organ sehingga banyak pesakit yang meninggal kerana gagal mendapatkan penderma ginjal atau lewat mendapatkan transplantasi.

Kebaikan berikutnya adalah tentang reaksi tubuh terhadap penolakan organ baru, yang selalu menjadi masalah dalam beberapa kes transplantasi. Dengan mengembangkan organ-organ dari sel induk mereka sendiri, kemungkinan kes masalah kesesuian organ oleh tubuh diyakini jauh lebih kecil.
Dalam ujian sebelumnya, para ilmuwan berjaya menumbuhkan pankreas tikus pada tubuh tikus. [Telegraph]

5 comments:

SCLover said...

:-( .. kenapa ba alif ba ya ?? kat haiwan lain diorang dah test ke? atau haiwan lain dah awal2 cabut lari.. cuma "itu" aje yg jinak @ senang tangkap.... hehehehe.. hanya Prof Nakauchi yg tahu...

My Little Diary said...

thank you for the info....

ish3x....

Ringgo said...

nauzubillah .. jgn la guna binatang ni..

khairul said...

good info ni

wadud@duad said...

thanks bro..
tapi macam tak percaya...
kita ni ada kemiripan dengan babi?