Thursday, June 30, 2011

Berani Tak Buat Macam Ni

Penduduk kampung berindak sendiri membuat sekatan jalan raya di hadapan Loji Penipasan Gas Asli “Chana Natural Gas Separation Plant” Thailand, untuk menuntut pampasan atau ganti rugi atas kerosakan teruk rumah mereka. Penduduk kampung begitu marah dengan kerosakan harta mereka yang berpunca daripada gegaran trak-trak besar yang lalu-lalang dari kilang ke loji berkenaan. Mereka berikrar akan terus menyekat atau menghalang laluan sehingga tuntutan itu dipenuhi.

7 comments:

Miecyber said...

Mereka berani kerana benar...

Hilang Lagi Warisan Melayu

SCLover said...

setuju dgn miecyber .berani kerana benar..

zmah said...

Berani letak jika ada lubang di depan tu...

Anaa said...

aiseh, kena buat gak lah camni kat area semenyih ni.. hari2 lori2 sampah lalu lalang, tak kira siang malam pagi petang, busuk tak yah cakap lerr.. sumer lori2 ulak alik ke loji pelupusan sampah kat semenyih.. sampai idung pun dah kebas.. :)

Ringgo said...

kalau kat malaysia sah kena tangkap plak ..
walaupun benar.. hehehe

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

Wah!! Berani betul mereka ni... Harap jadi iktibar kepada rakyat malaysia. Kita bukan nak cari gaduh tapi menuntut hak kita....
Kalau kita tak berjuang , siapa lagi yg akan memperjuangkan ...
renong2kanlah.

www.myobw.com said...

berani kerana benar apa salahnya mereka buat sekatan mcam tu. xsalah!