Friday, May 6, 2011

Bapa Hilang Sabar Heret Anak Ketagih Permainan Komputer

Guagnxi Zhuang, China- Seorang bapa, Lu Tan, 39 terpaksa bertindak keras ke atas anak lelakinya berusia 14 tahun dengan mengheretnya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan telanjang setelah didapati anaknya tidak menghiraukan nasihat dan amaraannya supaya jangan lagi menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer.
Hampir setiap hari Xiaomeng, 14 tahun menghabiskan masanya sepanjang hari dengan memerap di dalam biliknya kerana ketagihan bermain permainan komputer.  Amaran yang diberikan berpuluh kali terhadap anaknya seolah-olah seperti sampah.  Setelah komputer di rumahnya di humban ke tempat pembuangan sampah oleh ayahnya, Xiaomeng mencuri-curi keluar ke siber kafe pula dan membelanjakan banyak wang. 

Akhirnya kesabaran seorang ayah hilang lalu bertindak di luar kawalan.  Dia menyerbu siber kafe tersebut, menampar, mengikat tangan dan membogelkannya.  Kemudian dia mengheret anaknya di hadapan rakan-rakanya dengan tujuan memberi pengajaran dan kesedaran kepada anaknya bahawa masa depannya bukan bergantung kepada permainan komputer tetapi perlu menumpukan pelajarannya di sekolah dan membantu ayahnya di rumah.  
Isteri  Lu Tan meninggal dunia ketika anaknya berusia 9 bulan.  Semenjak itu dia bekerja keras menanggung keluarga. Akibat terlalu kecewa dengan sikap anaknya dia bertindak demikian demi masa depan anaknya.  Dia mahukan anaknya sedar dan menjadi orang yang berguna kemudian hari.

[ Gejala ketagihan permainan komputer [video game] sebenarnya sudah meluas di kalangan kanak-kanak bawah umur di negara kita.  Dengan kewujudan banyak  siber kafe yang menyediakan kemudahan  permainan komputer di pekan dan bandar tambah merumitkan masalah sosial di kalangan anak-anak Melayu terutamanya.

Ibu bapa harus bijak mengawal dan menangani anak mereka agar tidak terjebak dengan masalah ini.  Permainan komputer dengan cara yang betul sebenarnya dapat membantu anak-anak kita mengembangkan minda kreatif, membantu meningkatkan penguasaan pemahaman dalam bahasa Inggeris  dengan syarat ibu bapa mestilah mengawasi dan memastikan had masa mereka bermain, serta jenis permainan yang sesuai dengan tahap umur anak.  Lebih baik jika kemudahan komputer dapat disediakan di rumah untuk mengelakkan anak-anak daripada melepak di siber kafe.

Penguatkuasaan yang longgar juga antara punca gejala buruk ini menghantui kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.  Pihak berkuasa pula harus lebih tegas terhadap pengusaha siber kafe supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Tindakan tegas dan penguatkuasaan hukuman mestilah dilaksanakan terhadap pengusaha yang melanggar undang-undang.]

24 comments:

Belalang Hijau said...

hohoho kat m'sia xde ke bapak2 mana nak buat mcm nih?

Miecyber said...

Cyber cafe kami takder games..I am sorryyy..

Tips Kejayaan

Piasara said...

"memang geram kalau ada ank mcm tu,tp hati ibu ni mmg tak sanggup nk tgk...kesian sgt kat budak tu..Kalau kita tk nak perkara mcm ni jadi kt ank2 kita, kena kawal dari mula...
supaya diorang tk sampai ketagih.."

fasha said...

umangai..
ganasnye

harrazdani said...

tak sepatutnya seorang ayah mengajar anaknya sebegitu...boleh pukul tp untuk mendidik...ni dah macam dera dan memalukan anak....

cikida said...

wuishh,,dasat2..takotnye..huuu..tp dak 2 pon dgil kot...=p

Ayie said...

Sayang anak, ditangan tangan kan.. Tapi macam melampau je bapak tuh.. maybe dia ada alasan.. ^^

adibdaddy said...

bila dah canggih pun ada masalah gak

nunui Joe said...

nk kata kpd bdak tu : padan muka!
nk kata kpd ayah tu : Janganlah kejam sgt~ huhu

Syuxer said...

nilah bapa yang garang lagi tegas dan sedar akan efek negatif teknologi yang semakin pesat berkembang..aku tabik kat ayah ni..:)..walaupun kelihatan x berapa ok..tpi dah anak degil keras kepala tak nak dengar..huhu..

anyway..tq coz sudi singgah..dan salam perkenalan..follow u bro..#2815

yana halim said...

adoiii....kesian pulak kat budak tu..

yana halim said...

adoiii....kesian pulak kat budak tu..

La Ainaa~ said...

yup...bgos kot bpak yg ade inisiatif nk wat cmnie..yela..klo la x wt cm2..syek men game je..bole jd x nk study...skolah pon pnteng...fis2 mmg kla men game.t lame3 ngarut je.. :)

azremy said...

kena asuh dari kecik,jgn manjakan..sgt..

ABU said...

keh keh..kasihan budak tu..

Abu Luqman said...

ghoflah punya bapak

ummiarissa said...

ish....tragis betul tindakan bapanya...cuba bayangkan perkara ni berlaku kat M'sia...kena tahan lokap kot bapak dia...

belais said...

ganas tu....mesti anak berdendam kalau buat macam tu...kalau kena ikut tu ok lagi..bab kena bogel tu yg menjatuhkan maruah budak tu.

Mohd Ridhuan said...

tindakan tegas untuk kebaikan anaknye...
hehehhehe

zures said...

kat malaysia kalau buat macam ni mesti bapa tu kena tangkap lak...dikata dera anak walaupun niat sebenar si bapa nak mengajar anak...

Muhammad Burn said...

oh, tidak!

misSbLurRy said...

bagus bapak dia nie....nampak kejam tp dia sbenarnye tgh ngajar anak dia

mamayung said...

tak stuju lah.ayah budak tu tk spatutnya memalukan anaknya begitu.pukul kira ok la mgkin budak tu terlampau degil tp naper msti bogelkan dia.pasti budak tu akan berdendam dg ayah dia kan...

syieqa mieka said...

haihhh sanggup ayah dia buat mcm tu . pelik2 laaa . :|