Wednesday, April 20, 2011

Lapan Manfaat khusus Untuk Wanita Pentingnya Hubungan Intim Suami Isteri

Sesetengah orang atau masyarakat tertentu mengatakan ada 1001 sebab mengapa wanita harus bersedia untuk sering berhubungan intim bersama suami. Beberapa perkara positif dapat dikesan hasil daripada berhubungan intim ini, antaranya adalah dapat meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan lebih menarik selain kepuasan secara fisik.  Namun mengikut kajian daripada pakar-pakar  kecantikan,  ada 8 kebaikan [manfaat] yang diperoleh khusus untuk wanita [isteri] apabila melakukan hubungan intim berama suaminya. Manfaat yang dimaksudkan ialah ...

Membuat Wanita Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah bahawa ketika  berhubungan intim, wanita yang memiliki hormon estrogen harus diproduksi dalam jumlah besar kerana ia membantu menjadikan kulit mereka lebih halus dan rambut mereka berkilau.
Meningkatkan Kesihatan Kulit
Berhubungan intim secara lembut dan lambat dapat mengurangkan risiko terkena dermatitis, mengurangkan masalah ruam, dan noda pada kulit seperti jerawat. Peluh yang keluar ketika berhubungan seks juga dapat membersihkan pori-pori [pores] dan membuatkan  kulit lebih bersinar.

Menurunkan Berat Badan
Berhubungan intim adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Seks membakar kalori. Selain itu, seks membantu tubuh untuk menjadi lebih elastis dan fleksibel.

Seks adalah Senaman
Berhubungan intim adalah jenis senaman yang paling menyamankan. Aktiviti ini dapat meregangkan hampir setiap otot tubuh anda. Selain keselamatan, seks adalah juga salah satu senaman yang paling menyenangkan.

Mengubati Depresi [Kemurungan]
Hubungan intim suami isteri adalah cara yang paling efektif mengubati kemurungan yang mendalam dan berkepanjangan. Selama seks, darah diperkaya dengan endorfin, hormon suka cita, sehingga membawa rasa sangat ceria. Anda akan merasakan hampir semua masalah dalam hidup ini tidak separah seperti yang anda bayangkan.

Membuat Wanita Lebih Menarik
Tubuh yang aktif secara seksual menghasilkan sejumlah besar zat yang disebut feromon [pheromones]. Semakin banyak dan lama anda berhubungan seks, aura dan kecantikan dari dalam tubuh anda semakin terserlah.

Menyembuhkan Sakit Kepala
Seks menyembuhkan sakit kepala. Hubungan seksual bertindak mengurangkan ketegangan akibat pengembangan  pembuluh darah pada otak.

Seks sebagai Sedatif
Seks adalah ubat yg amat berkesan dan terbaik di dunia untuk menenangkan saraf dan melegakan ketegangan . Berhubungan intim adalah 10 kali lebih kuat sebagai ubat penenteram [valium]. (geniusbeauty/Vin)

4 comments:

Miecyber said...

Bnayaknyer kelebihan yang akan dapat...

China miliki 960,000 jutawan

ijoks2009 said...

untuk gadis-gadis kat luar tu cepat-cepat cari calon suami ye,hehehe

KELI OH KELI said...

tu dia...maha suci Allah...hubungan yg suci antara suami isteri banyak manfaatnya...patutlah dapat pahala lagi...

anyway....sangat lama saya x jenguk ke mari...apa habaq sahabat? semoga sihat2 selalu ya...doakan kejayaan dan kebahagian org muo myprennnnn!!!

a loqman said...

ini yang best bro..kalau isteri manja..fuh..kacau u