Friday, March 11, 2011

Universiti Tokyo, Universiti Kyoto & Universiti Nasional Singapura Terbaik di Asia dan Antara 100 Terbaik Dunia

Universiti  Tokyo terbaik di Asia
Majalah Times Higher Education telah menyenaraikan 3 buah universiti di Asia mengungguli antara 30  buah universiti terbaik di dunia.   Universiti Tokyo merupakan satu-satunya universiti di Asia yang berjaya dipilih dalam senarai 10 universiti terbaik, disusuli Universiti Kyoto di tempat ke-18.  Manakala Universiti Nasional Singapura (NUS) disenaraikan sebagai universiti ke-27 terbaik di dunia dan ketiga terbaik di Asia.
Seramai 13,388 ahli akademik berpengalaman dari 131 negara telah diminta memilih universiti yang pada pandangan mereka baik dalam bidang penyelidikan dan pengajaran di seluruh dunia.

  Universiti Nasional Singapura ketiga terbaik Asia
Hasil tinjauan itu, yang diterbitkan majalah Times Higher Education, mendedahkan bahawa institusi-institusi Amerika Syarikat mengungguli senarai yang dipilih para ahli akademik dengan merebut tujuh daripada 10 tempat teratas.
Tempat pertama ialah Universiti Harvard disusuli Institut Teknologi Massachusetts.
Secara keseluruhan, 45 universiti di Amerika tersenarai antara 100 universiti terbaik di seluruh dunia.

Dua universiti British, Cambridge dan Oxford, terpilih antara 10 universiti terbaik dan lebih 10 universiti British dipilih dalam senarai 100 universiti terbaik.
Secara keseluruhan, Asia mempunyai 15 universiti dalam senarai 100 universiti terbaik.

Bagaimana pula dengan universiti-universiti di Malaysia?  Jika satu ketika dahulu Universiti Malaya pernah mewakili negara Malaysia tersenarai antara 150 universiti yang terbaik dunia, peluang untuk universiti tempatan kembali menempa nama nampaknya semakin malap berikutan disebabkan terlalu banyak karenah birokrasi serta campur tangan politik menyebabkan institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak dapat berdiri megah dengan sendirinya serta  bebas dalam segala urusan pentadbiran....lagi...

7 comments:

ijam ismail said...

mne mlysia?hehe

Freaky said...

sangat setuju dengan pendapat anda. situasi dan campur tangan macam tu yang menyebabkan institusi pengajian gagal mencapai sasaran sbg uni terbaik

Hafriz Mohamad said...

hmmm....
klau univrsiti trbaik, produk x brape nk baik..xde guna gk kot. sbb slalunye, produk yg baik lahir dr univrct yg biase2 jer.. ^_^

~aku bkn bdk u~

Adinda Amy Sensei said...

hebat..

RuSh D said...

bila m'sia nk masuk nie...huhu

Anonymous said...

Universiti-universiti Malaysia tidak mempunyai prasarana dan staf bertaraf dunia. Bukan sahaja pensyarah tetapi juga drebar dan kerani mesti bertaraf dunia.

Seperkara lagi, universiti-universiti di Malaysia masih segan-segan lagi untuk menambah peratus pensyarah dan pelajar asing kepada 30%. Demikian juga dalam hal mengambil Naib Canselor, Timbalan Nain Canselor dan Dekan rakyat asing.

Hubungan universiti-universiti Malaysia dengan syarikat-syarikat dalam senarai Fortune 500 masih di peringkat minima. Kalau hubungan masih di tahap minima , bagaimana mahu menghasilkan penyelidikan-penyelidikan yang bermutu tinggi? Pada masa yang sama, bagaimana mahu meyakinkan 13,000 tenaga akademik yang membuat penilaian itu?

wsc biolo said...

dalam negeripun tak kalah baguslah