Friday, February 4, 2011

Rahsia Bayam Menjadikan Anda Kuat & Bertenaga Seperti Popeye

'Makanan super' yang memberikan Popeye otot-ototnya membesar dan pejal bukanlah ilusi kartun semata-mata...kini telah ditemui rahsianya. Para saintis telah menemui nitrat yang terkandung dalam sayuran hijau terutamanya bayam mampu meningkatkan 'powerhouses' dalam sel yang menyediakan tenaga.  Dengan sejumlah kecil bayam ia cukup untuk meningkatkan kecekapan mitokondria, sel tenaga untuk pembesaran. 
Pada awalnya kita menyangkakan zat besi dalam sayuran hijau sebagai sumber tenaga, tetapi yang sebenarnya nitrat yang  membekalkan 'super energy'. 
Sementara itu, Prof Weitzberg dan rakan sekerja, Profesor Jon Lundberg mendapati bahawa dengan bantuan bakteria nitrat ia dapat meningkatkan kadar oksida nitrat dalam tubuh diet. Nitrit oksida adalah molekul yang membuka pembuluh darah, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan  peredaran darah.
Kajian juga mendapati ubat kumur 'mouthwash' telah memanfaatkan nitrat untuk menghasilkan oksida nitrik sebagai agen dalam proses membunuh bakteria di dalam mulut.

6 comments:

CekWa said...

TQ info menarik, memang sedap bayam bila direbus buat sup.

fiq said...

nyum3... kena rajin makan bayam la lepas ni =D

Farhana Sahri said...

ye...sbb bayam adalah sayurn hijau...hehee

Tuya said...

saya mmg suka mkn sayur bayam..lagi2 letak ikan bilis

orang muo said...

bayam merah sgt baik utk mereka yg kurang darah. amalkan makan sayur bayam slalu

mamawana said...

Mwana memang suka sgt makan bayam nih. Semangkuk sepiuk bleh balun kuah bayam sorang2 cam sup slurrpppp...