Monday, January 3, 2011

Siapa VIP Yang Melindungi Kelab Gay?

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).
Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.
Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti [Utusan Malaysia]
Nauzubillah...teringat semasa sekolah dulu ustaz menceritakan  satu kisah atau peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Nabi Luth kerana disebabkan kaumnya yang telah sesat mengamalkan budaya hubungan sejenis, maka Allah menurunkan bala ke atas negeri tersebut dengan memerintahkan malaikat Jibril mengangkat negeri Sadum ke atas tinggi sekali lalu menterbalikkan dan menghempaskannya sehingga hancur sehancur-hancurnya.  Kemudian diturunkan hujan batu dari langit sementara dari dalam tanah pula keluar api sehingga musnah semuanya kecuali Nabi Luth serta kaumnya yang taat dan beriman kepada Allah swt. Oh Malaysiaku...

9 comments:

My Little Diary said...

salam,

mmg menakutkan... bimbang di timpa musibah jika tidak dimusnahkan tmpt2 camtu..

Pistachio said...

yucckkss!

entah pape lah VIP cmtuh..

tangkap VIP dlu!
tangkap VIP dlu!
tangkap VIP dlu!

misyamissyou said...

ish..tangkap vip tu..dah xde agama agaknye..

zmah said...

Dunia akhir zaman.

toyolkiut said...

sanggup buat berani tanggung..

akuanakpahang said...

Wabak ini kian menular perlu ada satu tindak serius semua pihak. Dan kesalahan denda sepatutnya lebih tinggi dan keras jika bersabit kesalahanya.
Jom Singgah "Jalan-jalan Ke akuanakpahang. "

+dieabella+ said...

mintak djauhkan...

nuriz said...

memang kebanyakn golongan ni terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi..sayang sekali, ada ilmu tapi masih jahil dan kuno, tersesat dari jalan Allah

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

jawab la sendiri di hadapan Allah kelak..anda sebagai pemimpin..tugas anda melindungi..bukan meracuni..