Tuesday, December 21, 2010

Susu Ibu Jadikan Anak Lelaki Lebih Cerdas Tetapi Bukan Untuk Anak Perempuan?

UK- Kajian mendapati bahawa kanak-kanak  lelaki yang menyusu  ibunya sekurang-kurangnya 6 bulan mempunyai otak yang cerdas dalam bidang matematik, kemahiran membaca dan menulis [3M] berbanding kanak-kanak yang minum susu formula, tetapi tidak berkaitan dengan kanak- kanak  perempuan. 

Kajian tersebut melibatkan kanak- kanak berumur 10 tahun antara kanak-kanak menyusu ibu dan susu formula.   Penyelidik dari University of Western Australia’s Telethon Institute for Child Health Research telah melakukan ujian standard ke atas 1038 anak laki-laki dan perempuan yang berumur 10 tahun.
Analisis mengambil kira kelas sosial, taraf pendidikan ibu dan jumlah masa yang dihabiskan untuk anak membaca.  
Susu ibu kaya dengan asid lemak amat penting untuk perkembangan sel otak tetapi para penyelidik tidak pasti   mengapa ia hanya memberi kesan menguatkan mental  untuk anak laki-laki sahaja.
Ini berkemungkinan bahawa otak anak-anak perempuan sudah menerima makanan daripada estrogen hormon seks. Justeru lemak sihat dalam susu ibu adalah khusus untuk meningkatkan otak anak lelaki supaya setara dengan mental anak perempuan. 
Susu ibu juga boleh melindungi bayi terhadap obesiti, eczema dan telinga, dada dan jangkitan perut.

Murid-murid perempuan di UK pada umumnya lebih baik pencapaiannya daripada murid-murid lelaki. Namun bagi murid-murid lelaki yang telah menyusu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan didapati 9% lebih tinggi pencapain mereka dalam kemahiran 3M berbanding murid-murid yang minum susu formula.  Dalam beberapa kes, peningkatan ini cukup besar untuk menutup jurang pencapaian antara murid-murid perempuan dan laki-laki. [sumber:dailymail.co.uk]

Apa yang berlaku ke atas pelajar-pelajar di negara kita juga menunjukkan jurang  pencapaian yang amat ketara berdasarkan  jantina. Kebanyakan pelajar cemerlang di sekolah-sekolah adalah pelajar perempuan. 
Hal ini mungkin disebabkan  pada peringkat awal penyusuan  bayi,  kebanyakan ibu memberikan susu formula yang secara langsung memberikan impak terhadap perkembangan otak  kanak-kanak lelaki. Lain pula halnya dengan kanak-kanak perempuan kerana mereka sudah dibekalkan dengan makanan dari estrogen hormon seks ibunya sejak dalam kandungan dan secara langsung perkembangan otak kanak-kanak perempuan mendahului kanak-kanak lelaki. 
Kepada ibu-ibu, ayuh mari sama-sama berikan hak yang sepatutnya kepada bayi lelaki terutamanya  supaya mereka dapat bersaing dengan anak-anak perempuan.

11 comments:

mia.lia's profile said...

ms skola rnda mmg la pmpuan
ms skolah mnengah,,ttibe je dorang ptong,,haha,,tekejut den

Sharifah nor said...

susu ibu memang yg terbaik...

Mawar Merah said...

Yg penting, susu ibu akan menguatkan sistem imunisasi anak2.

akuanakpahang said...

Susu ibu adalah permakanan yang sempurna utk bayi. New Entry "Jika anda seorang Blogger."

lazaac said...

sukanyer cerita pasal susu badan.. :)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

tq sharing info nie...!!

MR Bang Miji said...

karut je sume tu,jngn caye sngt..kajian diorng ni bukan betul pom. susukan anak passtu doa.yg bg anak pandai ke bodo ke sume nya dari Allah.

Admin said...

A Fast Growing National English Language Consultant is hunting for :

ENGLISH TUTORS!!!

Qualifications:

1. Competent, experienced, or fresh graduate
2. Proficient in English both spoken & written
3. Friendly, Communicative, & Creative

Placement :
Balikpapan – Makassar - Samarinda – Pekanbaru - Batam - Denpasar

Send you resume to : easyspeak.hunting@gmail.com as soon as

possible.
Visit http://www.easyspeak.co.id for further information.

MAPPIAU said...

oowwh ye ke baru tau nih, anak saye masih lagi menyusu badan walaupun dah 2 tahun :))

pN.rOs said...

the best susu in the world... sapa nak nafikan neh....? meh nak sekeh laju-laju hehhe
gurau jer....
eih ada eik beza baby girl n boy kalu bab kelebihan susu ibu ni?

Abied nc said...

mantab...