Sunday, October 17, 2010

Mi Bandung Muo 'Kedai Abang Sayang' Rasa Sekali Nak Lagi

Muo memang terkenal dengan mi bandungnya. Kebanyakan kedai makan di Muo meyediakan menu masakan mi bandung. Namun tidak semua gerai atau kedai makan yang betul-betul menyediakan mi bandung muo yang asli . Hanya beberapa buah kedai makan di muo mempunyai resepi mi bandung muo istimewa.
Sebuah kedai makan yang menyediakan mi bandung resepi asli  istimewa di Muo ialah Kedai No2 Abang Sayang, terletak di Setesen Bas Maharani, Jalan Maharani Muo. Walaupun kedai makannya comel dan biasa-biasa saja, tetapi mi bandungnya amat berbeza sekali keenakannya. Bau atau aroma mi bandungnya saja sudah menggoda dan membuka selera sesiapa saja yang menggemari mi bandung.
Kedai Makan Abang Sayang menghadap Sungai Muo
Jika orang lain menggunakan  kacang tanah dalam kuahnya, mi bandung muo milik Norhisham ini menggunakan udang geragau halus selain perencah utama mi bandung. Beliau sudah mengusahakan perniagaan mi bandung muo sejak 15 tahun yang lalu bersama rakannya.

Kedai Makan Abang Sayang menjalankan perniagaannya setiap hari bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.00 malam. Selain mi bandung muo sebagai menu utamanya, pelbagai jenis menu makanan dan minuman juga disediakan. Sepinggan Mi Bandung Muo Abang Sayang berharga RM4.00 saja termasuk cukai jualan.
Kuah mi bandung muo menggunakan udang geragau halus lebih aroma dan lazat
 Pelanggan Kedai Makan Abang Sayang sedang menikmati Mi Bandung Muo
Deretan kedai makan di Setesen Bas Maharani pada waktu malam
Jika anda ke Muo singgahlah di kedai ini untuk menikmati mi bandung muo istimewa. 

24 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer...nak la sikit..yg hitam2 tu aper?bawang goreng ker?saya paling suker mee bandung muo..paling hebat..syokkkk

orang muo said...

lydia: yg hitam2..x ingat lagi la..semuanye dah masuk dlm perut :) semuanya sedap belaka :)

noreed said...

muor mmg terkenal dgn mee bandung nyer...

ybs said...

sy penah makan di kedai tsb, waktu itu masih di bas stesen lama....

sy makan meehoon bandung, ok jugak pe!!!

amira said...

bilo la den nak sampai sano ni ha.. berkecau air liur tgk mee bandungnye ha.. haha

wadud@duad said...

lau aku datang san mesti mau makan punya bro. .
pasal makan aku x penah menang..:p

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

sodap ha mee bandung :D

Fuziani JSR said...

Amboi mak.... sedapnyer... lama x g Johor... ni buat rasa nak g sana ni...

Diarihatiku1976 said...

yesss.. memang sedap makan kat situ....

Cik Kentang said...

Suka makan mee bandung tapi tak prnah try lagi mee bandung Muo yang asli. Nak pegi jauh sangat. Huhu...

MR Bang Miji said...

penah maka mee bandung.tp xde lar cam dlm gmbr tu..mesti sedap kan.tngk gmbr pom meleleh air liur

HaNTwO said...

lame x balik muo..huhuhu rindunya :(

atoyis said...

sedapnyer de delivery sampai semenyih tak

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mak aiii tgk mee bandung ni..meleleh lagi air liur.dah basah dah baju ni asik mencecer air liur..bila lah orang muo nak belanja mkn ni?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..lupa nak bg tau..ptg semalam sahabat blogger kita dah tlg saya setting semula blog.so jom terjah blog saya..dah boleh masuk walau pki mozilla,dulu x leh.

paDel said...

balik bp kang...singgah muar la camni...perhh..lapa terooosssss

fiq said...

dulu masa dok muo sampai jemu makan me bandung tau. tapi bila dah pindah kedah dok tercari2 macam kat muo takder..waaa..nak skit..

aLamathuR d'hileudjapanist II said...

Mie Bandung???? Ada hubungannya dengan Bandung kota asal saya nggak??

*Bandung is the capital of West Java Province

yahaya said...

pernah dengar mee racun kat sini gak ker

+dieabella+ said...

rinduyeee nak makan mee bandung muar..sy salu mkn kat jambatan tuh..tbaek la!!

Shino said...

sgt2 nk try mee bandung asli ni...huhuhu...

MyHaPpInEsS said...

walaupon Jasmin mmg dilahirkan di muo tp Jasmin xtahu pon mknan kat ctue sedap...selalu gie kat area bus stand pagoh jer...nk try gak r....

Nazri_Hanafiah said...

mee bandung tu macam char kuew teow ek?

Anonymous said...

selalu pegi kedai ni.. mmg best masakannye..