Tuesday, September 7, 2010

Peristiwa Pelik : Ulat Bulu Berbaris Panjang Melintas Jalan

Peristiwa aneh dan jarang berlaku kita lihat apabila sekawan ulat bulu berbaris panjang  melintas jalan. Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.

Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain  dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini  berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik. 
Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. SubhanAllah.
"Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini"

16 comments:

cik panadol said...

geli sangat-sangat dengan ulat bulu tapi bile tgk gambar ni...nmpk cute pulak ulat2 ni hehe...

tp, still takot kalo tgk live!!!!

Anonymous said...

ulat2 bulu tu belajar ngan semut laa...hak..hak...

babah34..

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Orang Muo... semoga tuan sihat selalu...

Mesti ada sesuatu yang ALLAH nak tunjuk kat kita pada setiap kejadianNYA...

Firman ALLAH bermaksud "Tidak Ku jadikan sesuatu itu sia-sia"

Hebat ALLAH...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Anonymous said...

Ulat bulu yang bersatu satu contoh kepada satu malaysia. baru selamat.

Bersatu melintas jalan, bersatu dalam agama, bukan meng satu agama kan seperti tv3 tunjuk tu.macam tu tak selamat.

Bersatu bertambah mutu...

prantau said...

Satu , 2, 3, 4, lintas jalan...
Balik kampung tu berkonvoi ramai ramai ,,jangan potong jalan, ikut giliran...

Selamat Hari Raya...semoga selamat tiba...Aku nak balik kampung Kat Pekan Muar oooi...

aibaks said...

tu di nama kan kuasa Allah. wallahualam

noor afzan said...

perghh..
menakjubkan =)

Rama2Ungu said...

tak suka ulat bulu...huhu..
bijak jugak diorg eh...nasib tak kene lenyek kat kete tu...

misyamissyou said...

ajaib nihh..pelik pn ye gak..sebab ulat bulu hidup berkumpulan ke macam semut?

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum,

Allah S.W.T menunjukkan kepada kita, kalau nak buat iklan berunsurkan perpaduan, buatlah seperti ini. Ulat bulu itu tiada sesiapa yang dia nak mengampu untuk buat seperti itu, tidak seperti para pengampu yang selalu menghebohkan pelbagai lagu patrotik dan multi slogan tetapi dalam masa yang sama tidak menghebohkan prinsip perundangan Islam pada masyarakat.

Ulat bulu tidak mempunyai akal, tidak mempunyai blog, tidak mempunyai stesyen penyiaran televisyen, namun atas kekuasaan Allah S.W.T menggerakkan dan memberi ilham pada ulat bulu agar berbuat demikian.

ayin~weeweet said...

boleh x nak like komen en ahmad zaki di atas hehehe

Sophia Rani said...

wow.... menakjubkan.. ;)

akuanakpahang said...

Mungkin ada sebarang petanda atau petunjuk kut.. kenapa geng ular bulu tu buat macam tu...:)

** Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

amira said...

subhanALLAH.. first time tgk ini

ASaDa RyutaRo said...

cam main keretapi lak diorang ni. hehe..

Haw said...

menakjubkan.. manusia pun tak reti nak berbaris lurus mcm ulat2 ni