Saturday, August 21, 2010

Kasih Ibu Menyelamatkan Nyawa Anak

Walaupun  situasi dalam keadaan yang berbahaya, seekor ibu monyet sanggup mengetepikan perasaan takut semata-mata untuk menyelamatkan anaknya. Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang  jurufoto yang kebetulan berada di tempat kejadian di sebatang jalan raya yang amat sibuk di New Delhi.
Dedicated mother: Monkey cub was first run over by a moped before being attacked by a dog
Peristiwa menarik dan mengharukan  bermula apabila seekor anak monyet cuba melintas jalan raya yang sedang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang untuk mendapatkan makanan di seberang jalan tanpa disedari oleh ibunya. Setelah menyedari anaknya dalam keadaan bahaya si ibu terus mendapatkan anaknya daripada dilanggar kenderaan ...tetapi bahaya yang lebih menakutkan pula terpaksa dihadapi oleh si ibu monyet ini. 
The mother stepped in to attack the moped driver before gunning for the hungry dog too
 The mother attacking the dog after it has started on her cub
Seekor anjing liar garang yang sedang kelaparan tiba-tiba meluru ke arah anaknya. Tanpa menghiraukan keselamatannya ibu monyet terus menyerang dan menggigit  anjing berkenaan.
Nasib menyebelahi kedua-duanya apabila si anjing menyerah kalah dan beredar dari situ. 
 Malangnya apa yang berlaku di negara kita pada masa kini adalah amat menyedihkan apabila kes-kes buang bayi berlaku hampir setiap hari. Seorang penceramah pernah menyatakan [ sempena sambutan maulidur rasul baru-baru ini di muo] bahawa apa yang berlaku sekarang ini adalah merupakan satu bala yang sedang melanda negara kita terutamanya masyarakat Melayu Islam akibat kelalalaian dan kesalahan kita mengabaikan cara hidup Islam serta  kelemahan pelaksanaan undang-undang... renung-renungkanlah..

15 comments:

Adha said...

itulah dia dunia..0_0

amira said...

sgt mengharukan..

Idalara said...

kadang kala haiwan lebih berakal dari manusia..

Syahmi Zaludin said...

Masya-Allah !!

Memang benar pun,kalau kita lihat balik..ramai orang kata "Dalam diri haiwan tidak pernah wujud sifat perikemanusiaaan tetapi dalam diri manusia wujud sifat kehaiwanan"

Jadi,fikir-fikirkanlah...apakah yang lebih memalukan?Menjadi seekor haiwan yang tiada akal cuma berotak tapi punyai kasih sayang atau menjadi seorang insan yang punyai otak,akal,hati dan nafsu tapi tidak punyai perasaan sayang??

Moga-moga,Tuhan bersama kita semua.Wallahualam..

Ayue Aishah said...

Ya Allah, ayue xbace pn lg. tengok gambar je pn rasa terharu dan sebak sangat..
sungguh Allah tu Maha Besar. Haiwan pun punya rasa belas kasihan dan berkasihsayang.. Baru2 ni ayue baru kehilangan seekor anak kucing yang ayue sayang sgt. Umur dia xpanjang.
tp entry ni betul2 buat ayue ingat kat die balik. hurm..

alcatraz77 said...

itu lah tanda-tanda KEBESARAN ALLAH, manusia yg berakal perlu ambil pengajaran dengan apa yang berlaku..

kerangRebus said...

itula bile manusia buang anak...xpatut disamakan mcm binantang..tapi lebih teruk dari binatang..haih

pemanas cerita said...

kat m'sia org buang anak.x tau nk samakan ngan spesis ape.mmang ptut kena hukuman mati sesapa yg buang anak

Apa Yang Panas said...

patutnya 'ibu' akan usaha sedaya upaya lindungi anak bukannya buang/bunuh/bakar.. tak kiralah ibu monyet ke.. ibu manusia ke.. yang penting ibu sebab ibu memang dh dikurniakan sifat keibuan :)

ASaDa RyutaRo said...

maksudnya, sape yg buang baby tu jauh sangat-sangat lebih teruk dari mak monyet ni..

monyet yg tak berakal lagi ada naluri kasih sayang.. manusia jenis tu pulak, ada akal tapi letak kat lutut.

zulkbo said...

Salam bertandang lagi
apa khabar? Moga sihat
orang di sini..jangan
lupa bayar zakat fitrah
he he..
جزاك اللهُ خيراً‎

yahaya said...

muhasabah diri kita...dengan kejadian seperti ini

Nur Hawa Mohd Zin said...

binatang pun sayangkan anak...tapi manusia yang ada akal dan hati? mana letaknya anak2 yang dilahirkan? dalam longkang, tong sampah, didera..macam2 lagi

Sang Pujangga Utara said...

sadis dan meruntun jiwa tgk gmba2 tu

Tomato Gurl's Life said...

wah tak sangka pulak..manusia je yang buang bayi..haiwan gak sayang anak...