Monday, March 1, 2010

Sanggup Menderita Untuk Mendapatkan Foto "Perfect Image"

Jurugambar hidupan liar, Greg du Toit sanggup menderita kerana cita-cita dan usahanya untuk merakam aksi-aksi natural Sang Singa sedang minum di sebuah kolam Nguruman Hills, Kenya, 3 batu dari perkampungan kaum Masai.

Beliau sanggup berendam di dalam kolam yang kotor dan berkuman selama 3 jam setiap hari pada waktu haiwan-haiwan ini datang ke kolam untuk minum. Rutin ini dilakukan setiap hari selama 3 bulan [270 jam ]!

Dalam tempoh tersebut beliau telah diserang penyakit demam malaria berdarah sebanyak dua kali yang hampir meragut nyawanya. 
Berkat usaha dan kesabaranya hasil usaha beliau akan tersiar alam majalah 'BBC Wildlife magazine' . Kini beliau berjaya menempa nama dan kejayaan dalam bidang 'photographer'.

Kejayaan datang disebalik keperitan. Kejayaan hanya tercapai apabila kita berjaya melepasi penderitaan dan keperitan. Derita, keperitan  dan kegagalan mengajar kita erti kehidupan sebenar.

12 comments:

Adila Ady said...

suka ayat y paling bawah tu..nk berjaya kena perit dulu.

piewahid said...

silap² pastu terus jadi jutawan...

Jijahh @ f.k said...

dengan kepayahan yang di lalui .. hasilnya akan terasa lebih bermakna .. kan ? ;)

Che' Pit said...

tapi agak2 lah..
kesiankan diri sdiri gak..

Pacifist said...

dimana ada kemahuan disitu ada jalan

Dimas said...

usaha yang keras, sehingga memperoleh hasil yang luar biasa...

roha said...

Salam.
Azam dan semangat begini perlu disemai dalam diri anak-anak dan anak didik. Hendak seribu boleh, tak nak seribu dalih. The moral of the story is where there is a will, there is many way to success.

si nelayan said...

oh..tpi cantik oh gmbr die tgkap tuh..memg sush nye nk jdi photgrapher bjaya ni ye org muo..hm..

aaapit said...

Tapi jgn obses sgt..org putih nih terkenal dgn obses..kalau kita pulak 'istiqamah'..mana satu btul ek?

||| PöJìé PööH ||| said...

OMG beliau wajar diberi Anugerah Paling Gigih..
Tp berbaloi beb!

Aida Ali said...

Yang penting kita kena berusaha dalam apa saja yang kita lakukan. Jangan cepat putus asa and enjoy it

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

memang jurugambar tegar ek?
sanggup bersusah payah semata-mata untuk kepuasan sendiri..berbaloi-baloi..pic mmg cantik n berseni..
tapi tu la hampir meragut nyawa..ish..