Saturday, March 27, 2010

Murtabak Singapore

Murtabak Singapore begitulah nama diberi sempena tempat negara asal pemilik restoran ini. Satu lagi identiti bagi daerah Muo / Ledang selain Mi Bandung Muo, dan Sate. Restoran Murtabak Singapore yang terletak di Jalan Tanjung Agas, iaitu laluan dari Muar ke Melaka cukup popular bukan saja bagi warga Muo malah ia juga turut dikenali oleh penggemar murtabak dari daerah lain di Johor, Singapura dan juga Melaka.
Murtabak Singapura terkenal kerana rasanya yang begitu enak, lazat dan aromanya membuatkan sesiapa saja berselera untuk menikmatinya dan terus jatuh cinta dengannya. Rasa kelazatan Murtabak Singapore ini berbeza dengan murtabak biasa kerana adunan dan resepi keluarga yang istimewa .Menurut salah seorang pekerja restoran itu tiada seorang pun tahu  resepi istimewa murtabak ini kerana ia rahsia keluarga.
Restoran ini telah beroperasi sejak 26 tahun yang lalu. Restoran ini diusahakan oleh seorang warga Singapura yang berhijrah ke Muo bersama keluarganya.
Saiz murtabak Singapore ada tiga jenis iaitu special RM13.00, Besar RM10.00 dan kecil RM6.00

27 comments:

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

kalau dekat kelantan popular dgn murtabak diraja..
tebal yg amat..
harga pn dlm rm 11-13 sebiji..
sgt berbaloi la..best pn best...~

Dimas said...

hmm... yummy kayaknya enak banget ya... tebal euy....

Mazru Majid said...

hmm...lapor laaaa...

Che' Pit said...

hmm tak jauuh dari sekolah CP kat tg agas tu.. sekolah yg ada kubur kat depan tu, huhu..

Pengembara silam, said...

Dulu..dulu..masa dok merlimau, selalu pekene mutabak singapore ni... Kat kuantan dan pekan murtabak mengkasar pemes..

ybs said...

lama jugak dah tak pekena....

sonata anak kancil said...

selalu jugak singgah makan di sini! memang sedap....kadang2 sy ke sini semata2 untuk makan murtabak ini...@ pesan dengan hubby jika dia lalu kat sini....

Lelaki Ini said...

pergh bro, ni yg buat aku rase nak balik kampung ni.. :D

padin said...

whoa... tetiba rase lapo plak..

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
ley t0long kirim tak tuan?..
nak sampai jauh..
da telan air liur nie..huhu

idalara said...

hmmm...tetiba je perut ni nyanyi lagu keroncong...mana nk cari murtaabak mcmni kt sepang ni..nmpk gayanya org muo kena belanje sy..nnti meleleh je air liur sy ni...

Pakcu said...

serius....lapar murtabak bila baca entri neh

mhagnoth said...

InsyaAllah trip ke JB bulan 9 nanti akan singgah muo cari murtabak dgn mi bandung. Lama tringin nih

Herdoni Wahyono said...

Sangat menyenangkan bila dapat mencicipi Martabak Singapura yang spesial, enak dan lezat sekali. Di daerah kami juga ada penjual martabak, namun tidak dijual di restoran namun di kaki lima pinggir jalan. Kami menyukainya untuk lauk makan sore hari.

AiNuL said...

wah...nampak sungguh sedap..
tapi ..saiz murtabak singapore ni lebih besar dr biasakan?haha teringat suatu ketika kami sekeluarga order 7 keping untuk 7 orang...terkejut muka si pencatit order...

Temuk said...

Salam Orang Muo
Murtabak itu memang nampak menggoda! Sesuatu yg menarik mengenai penjualan makanan di Malaysia: agak lazim penjual akan menjual masakan yg diberi 'cap tempat lain', bukan lokal. Di Selangor ini contohnya, adalah di sana sini kedai menjual laksa Kedah, mee rebus Muar, kotiau goreng Penang, ayam percik Kota Baru, dsb.

afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku yang dok johor bahru ni mmg selalu gak singgah makan kat sana sesungguhnya tempat makan kat muo ni banyak yang sedap-sedap.... murtabak tu kena tukar nama murtabak muo

MSOM said...

Salam
Baru je saya makan Murtabak Singapore dgn kawan2 berdekatan dgn GIANT Muo ....

Anonymous said...

Payah-payah jauh-jauh bang,kat ex-kedai keranda depan sekolah kita ada jual ni bang.Boleh tahan gak bang,kalau nak sedap sebenarnya bukan terletak kat rasa dia bang,tapi sapa bayar bang.Makan free rasanya lain sikit bang...he he he..

Why Farouk said...

peh,lme x makan murtabak singapore.. sedap bai!

Faizal-Aviate said...

tgk sedap tp tak pnh test lagi hehehe....nnt blk kg nk test juga lah...

ayu marlina said...

hehe.. depan umah mak saye je tuh.. sedap sgt.. siap tapau lagi lau nak balik umah..

TayarGolek.Com said...

bang..blh bagi lokasi kedai ni tak? address ke? blh ler serbu nanti..;)

Anonymous said...

baru mgu lepas blik muor singgah makan sini...peh best! dah bertaun x gi kedai ni..skang tgh hari diorg ada jual pelbagai asam pedas. not bad asam pedasnya, mcm kat pt jawa juga. kalau dkt ngan kl ni sy pnh try murtabak singapura di ss15 bdr baru bangi...shoplot opposite sebelah kiri petronas..hmm rempah daging dia x sesedap kat muor tu, tp boley la nak lepas teringin..sy mkn yg 2 lapis rm8

-wongjowo-

myA ahmAd zAinudiN said...

F.Y.I untuk tuan punye blog nie harga murtabak yang special da tukar RM16 . so, pada yang nak g makan murtabak at muo nnti ta tersalah info. kalau nak datang makan pada hari cuti umum better buad tempahan dulu . takot nanti kena tunggu lame . kami jugak ade buad tempahan katering .. so pada sape2 yang stay dekat muo kalo nk buad majlis , bole la buad tempahan ye .. :)

Anonymous said...

hamdi si tukang tebar anak kepada pemilik murtabak..abang din..ada zaman kegemilangan dan ada zaman kejatuhan..tapi mereka terbaik..tidak lupa pada kawan...semoga anda semua terus maju jaya...

Anonymous said...

sy just komen utk kebaikan peniaga nie yer.......sy just nak tnya knapa murtabak nie dh x tebal mcm yg last year,sy lbh suka owner dia sndiri yg buat drpd budak2 p'kerja yg buat,dh 2 kali pg stil budak2 keja yg buat...so agak frust jugak sbb ketebalan x sama.....harga naik sy x kisah sgt janji kualiti kna setaraf........