Monday, May 2, 2011

Fitnah akhir Zaman : Menyelamatkan Diri Daripada Fitnah Dajjal

Rasullullah telah mengajarkan kita bagaimana cara untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Dajjal. Antaranya adalah;
1. Selalu menjaga doa sebagaimana seperti di atas yang disuruh oleh Rasulullah SAW pada akhir setiap solat ( setelah tahiyat akhir )
Barangsiapa yang berlindung kepada Allah, maka Allah akan melindunginya, dan barangsiapa yang menjaga doa ini maka Allah juga akan menjaganya.
2. Menghafal surah Al-Kahfi atau sepuluh ayat yang di awalnya atau sepuluh ayat yang di akhirnya. Bahkan orang yang menghafal tiga ayat sahaja di awal surah Al-Kahfi, maka ia terjaga daripada fitnah Dajjal.
Telah bersabda rasulullah SAW yang bermaksud;
" Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal"
Maka barangsiapa yang ditakdirkan oleh Allah untuk melihat Dajjal hendaklah ia meludahi mukanya, seakan-akan ia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat dan hendaklah ia membaca ayat-ayat awal atau akhir dari surah Al-Kahfi semoga Allah menyelamatkannya daripada Dajjal

3. Barangsiapa yang mendengar kemunculan Dajjal hendaklah ia berlindung di kota Mekah atau Madinah kerana kedua-dua tempat ini tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

4. Barangsiapa yang tidak mampu melakukannya tiga hal di atas, hendaklah ia lari daripada berdepan dengan Dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa.
sumber:[ Petikan Buku ' Perang Armageddon & Kedatangan Imam Mahadi' karangan Amin Muhammad Jamaluddin, m/s 154-155]

12 comments:

c. Han said...

time kasih. semoge yg m'amalkan dilindungi Allah, insyaAllah...

c. Han said...

time kasih. semoge yg m'amalkan dilindungi Allah, insyaAllah...

fifianggun said...

informative untuk sejagat!!!!

nyanyisunyi said...

terimakasih berkongsi ilmu yg bermanafaat.

Freaky said...

terima kasih share ni.. semoga kita semua dilindungi Allah

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

terima kasih share this info k... memang berminat pasal dajal ni :)

Shera said...

info yg berguna :)

harrazdani said...

antara doa nabi Muhammad SAW yang bermakud : " jika engkau ( ya allah ) kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah , maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah" (riwayat al-iman ahmad). fitnah jika turun sehingga boleh menggugat apa yg diajar oleh allah swt dan rasulnya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangka madu.

Aida Omar said...

terima kasih berkongsi..
sangat bagus entri ini..

Aida Omar said...

terima kasih berkongsi ilmu :)

Obat Sakit 2011 said...

semoga kita terhindar dari fitnah dajjal ini gan

rony ardianto said...

terimakasih . .