Subscribe Us

Pembukaan 2020 Dunia Diuji Dengan Pelbagai Bencana, Terkini Afrika Timur Diserang Ratusan Juta Tentera Belalang

Pembukaan Tahun 2020 dunia diuji dengan pelbagai bencana dan malapetaka, bermula dengan tragedi kebakaran di Australia, gempa bumi di Indonesia dan Turki, letusan gunung berapi Taal di Filipina, Cuaca ekstrim suhu sehingga negatif 40 celcius di negara-negara Eropah, banjir dan salji tebal di beberapa negara termasuk British dan Indonesia, terbaru serangan coronavirus China yang mematikan menular ke seluruh dunia, dan kini di Afrika Timur pula berlaku serangan mengejut ratusan juta belalang telah memusnahkan tanah dan ladang pertanian di Somalia dan Ethiopia. 


Apa yang lebih mengejutkan skala wabak serangan belalang tahun ini adalah yang paling teruk di Kenya dalam tempoh 70 tahun di mana beratus-ratus juta belalang memusnahkan keseluruhan tanaman petani yang berkemungkinan terdedah dengan kelaparan dahsyat.
Apabila hujan tiba pada bulan Mac, bermulanya kehidupan tumbuh-tumbuhan baru di seluruh rantau ini, maka bilangan belalang akan lagi cepat berkembang dan boleh meningkat 500 kali ganda sebelum cuaca kering pada bulan Jun, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Belalang berwarna merah ini akan berubah warna merah jambu, berpaut pada cabang pokok sebelum berlepas ke udara.


Catat Ulasan

0 Ulasan