Subscribe Us

Hari Ini 29 Januari 1886 Dalam Sejarah: Inilah Kereta Berbahan Bakar Benzin Pertama Di Dunia Ciptaan Karl Benz

Kenderaan pada zaman dahulu diawali oleh kereta kuda yang dilengkapi dengan mesin jenis early internal combustion engines. Sebelum akhir 1800-an, langkah-langkah signifikan menuju kenderaan moden tercipta.

Tepat pada 29 Januari 1886, kereta berbahan bakar benzin pertama dipatenkan oleh perancang kereta Jerman, Karl Benz.  Benz merancang mencipta kereta beroda tiga dengan enjin berbahan bakar benzin jenis four-stroke cycle gasoline engine. Satu langkah revolusionernya.

Pada masa ketika kuda masih menjadi sarana transport yang paling umum, kenderaan baru Karl Benz itu telah menjadi topik hangat seperti kereta terbang masa kini.  Money Week menyebut, kereta baru itu bernama Benz Patent-Motorwagen.


Pentingnya kenderaan ini terletak pada mesinnya yang baru dan revolusioner. Bukan desain atau reka bentuknya, tetapi faktanya bahawa single-cylinder four-stroke engine benar-benar berfungsi memacu kenderaan.  Setelah mendapatkan hak patennya, Benz akhirnya berjaya menjual 25 buah kenderaan ciptaannya antara 1888 dan 1893.

Beliau meraih banyak prestasi lainnya dalam sejarah penciptaan kenderaan bertenaga bahan bakar benzin. Antaranya merancang kenderaan beroda empat, menyelesaikan perjalanan darat pertama dengan kereta moden dan penemuan internal-combustion flat engine pertama.


Sukar untuk meremehkan pentingnya inovasi mobil Karl Benz. Dalam waktu kurang dari setengah abad, mobil berevolusi dari kenderaan roda tiga primitif menjadi bentuk transportasi utama bagi Amerika Syarikat dan banyak negara lain di seluruh dunia.

Tanpa karya Karl Benz, sejarah kenderaan moden mungkin tidak akan berubah secara drastik.
Benz meninggal dunia pada tahun 1929 di Ladenburg di Neckar, Jerman.

 Model terkini mercedes benz 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan