Subscribe Us

Gempa Bumi Besar 7.7 Magnitud Di Caribbean Mencetuskan Amaran Tsunami

Gempa bumi besar 7.7 magnitud di Caribbean mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara termasuk Jamaica, Cuba dan Kepulauan Cayman pada hari Selasa.

Gempa bumi telah melanda pada pukul 2.10 petang EST di selat antara Jamaica dan Cuba. Pusat gempa adalah kira-kira 72 kilometer Barat Laut Lucea, Jamaica, dan 87 kilometer  barat daya Niquero, Cuba, 6.2 kilometer bawah laut, (Suruhanjaya Geologi AS).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran yang mengingatkan bahawa gelombang hingga lebih 3.5 kaki di atas paras air normal akan berlaku di sepanjang pantai Belize, Cuba, Honduras, Mexico, Jamaica dan Kepulauan Cayman.


Gegaran gempa tersebut turut dirasai hingga ke Miami

Catat Ulasan

0 Ulasan