Subscribe Us

Apa Sebenarnya Sebab Salji Turun di Tanah Arab Saudi


Baru-baru ini negara terbesar di dunia yang tidak memiliki sungai ini diseliputi salji. Walaupun bukan yang pertama kali, fenomena ini tetap menjadi fenomena yang jarang-jarang berlaku di Arab Saudi. Fenomena seperti ini pernah terjadi pada tahun 2016, 2018, dan juga baru-baru ini salji turun di Tabuk, Arab Saudi.


Salji telah turun di Tabuk sejak 10 Januari 2020 dan menjadi tumpuan media seluruh dunia. Tabuk adalah sebuah wilayah  yang dihuni oleh sekitar 500 ribu penduduk dan bersempadan dengan Jordan. Wilayah ini terletak cukup jauh dari ibu kota Riyadh dengan jarak 1005 km.


Selain Tabuk, Madinah juga pernah mengalami hujan salji pada 2016. Sekarang ini suhu di negara penghasil minyak terbesar ini berada di bawah 10 darjah celsius. Fenomena ini juga adalah disebabkan Selatan Eropah sedang mengalami suhu dingin di mana wilayah Selatan Arab berhampiran dengan negara-negara Selatan Eropah.


Para ahli pakar menyatakan bahawa fenomena salji lebat ini juga disebabkan kerana terjadinya ribut kuat sehingga 120 batu sejam dari Laut Merah mendorong udara sejuk menuju jauh ke Selatan.


1. Daerah Arab Saudi yang mengalami hujan salji cukup lebat adalah daerah Tabuk, Jabal Al Lawz, Al-Daher, dan pergunungan Alqan. Wilayah tersebut kini menjadi destinasi pelancong bersalji di Arab.


2. Fenomena salji di Arab Saudi dan beberapa negara lainnya di Timur Tengah merupakan sebuah anomali (sesuatu bertentangan) kerana biasanya udara dingin tidak terdorong terlalu jauh ke daerah selatan.


3. Sementara Arab Saudi dan Timur Tengah berada di sebelah selatan Eropah yang sedang mengalami suhu dingin.


4. Kehadiran fenomena yang jarang-jarang berlaku ini malah disambut warga tempatan yang mengambil peluang menghabiskan waktu bermain-main di atas salji.



5. Terlihat juga sejumlah unta diselimuti salju dan foto lain memperlihatkan gurun pasir yang berubah warna menjadi putih.


6. Selain di Arab Saudi, salji juga turun di Lebanon, Syria, dan Iran. Bahkan di beberapa wilayah Iran tumpukan salji mencapai ketebalan 1.2 meter.


7. Para ahli mengungkapkan bahawa fenomena salji lebat ini juga disebabkan kerana terjadinya ribut kuat sehingga 120 batu sejam dari Laut Merah.

(Apa saja berlaku semuanya itu adalah atas perancangan dan kuasa Allah swt ...tiada yang mustahil bagiNya)

Catat Ulasan

0 Ulasan