Subscribe Us

Taman Rekreasi Air Panas & Inflatable Waterpark Jasin


Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirahat yang sangat sesuai dikunjungi terutamanya yang berkeluarga. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Taman Rekreasi Air Panas & Inflatable Waterpark Jasin terletak di Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin kira-kira 26km dari Bandar Melaka. Pusat rekreasi ini menyediakan kolam-kolam kepada tiga bahagian iaitu Zon Kuning, Oren dan Merah mengikut suhu kepanasan air di antara 34  hingga 49 darjah celcius. 


Kemudahan Lain:
Bilik Solat
Tempat Letak Kereta
Tandas
Bilik Persalinan
Kolam Keluarga Terbuka (air terjun buatan, water slide,sprinkler water)
Inflatable Waterpark (paddleboat, waterboat dll)
Ruang terbuka untuk berkelah
Ruang BBQ untuk disewa
Alamat :
Kampung Ayer Panas, Mukim Bemban,
77200 Jasin, Melaka

Harga Tiket
Dewasa = RM6.50
Kanak-kanak = RM4.50
Warga emas = RM5.50

Kombo -Air Panas & Infaltable Waterpark (Jumaat,Sabtu, dan Ahad & PUBLIC HOLIDAY)
Dewasa = RM10
Kanak-kanak = RM7
Warga emas = RM7

Waktu Operasi        : Isnin : 3 petang – 12 malam
Selasa- Khamis & Ahad : 9pagi – 12malam
Jumaat & Sabtu : 9 pagi – 2 pagi
FB : “airpanasjasin”
Telefon : 06- 5210 369



Gerai-gerai menjual makanan dan minuman disediakan untuk memudahkan pengunjung mendapatkan makanan yang digemari. Terdapat juga penjual makanan ringan berniaga di luar kawasan berhampiran taman rekreasi ini.


Bolehke membawa makanan dan minuman sendiri dari rumah? Jangan bimbang, para pengunjung dibenarkan membawa masuk makanan sendiri sama ada dari rumah atau makanan yang dibeli dari luar.  Walaubagaimanapun anda dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan.  Sebelum beredar sila pastikan semua bekas dan sisa makanan tidak ditinggalkan begitu saja.  Tong-tong sampah disediakan di kawasan sekitar. Selamat beriadah.

Catat Ulasan

0 Ulasan