Subscribe Us

Padang Kota Lama Menyimpan Banyak Sejarah dan Kenangan Silam, Tempat Menarik Dikunjungi


Padang Kota Lama terletak di bandar George Town. George Town merupakan antara bandar yang pertama dibangunkan oleh seorang pedagang Inggeris bernama Francis Light.  Apabila Francis Light mendarat di Tanjung pada tahun 1786, beliau mendapati bahawa bahagian pulau ini (Padang Kota Lama) tidak berpenghuni dan padat dengan hutan. Hanya terdapat penempatan kecil orang Melayu dan Aceh di Sungai Pinang.


Tanah di kawasan itu rata tetapi ditumbuhi pokok-pokok kayu keras seperti Penaga Laut (kayu besi). Pantai di sebelah utara berpasir manakala bahagian timur dipenuhi dengan pokok paya bakau.

Francis Light dikatakan telah mengarahkan anak kapalnya mendarat di Padang Kota Lama lalu menaburkan duit syiling perak ke dalam hutan.  Kilauan cahaya bersinar daripada duit syiling-perak  yang ditaburkan di dalam hutan itu telah mendorong para imigran membersihkan kawasan tanah itu. Hasilnya Hutan tebal di kawasan tersebut dapat dibersihkan dan Francis Light berjaya membuka sebuah penempatan yang akhirnya menjadi sebuah kota di situ.


Padang Kota lama telah digunakan untuk tujuan rekreasi sejak pertengahan abad ke-19. Pada zaman tersebut, padang ini juga digunakan sebagai padang kriket.  Sebuah pavilion dua tingkat, yang direka oleh Wilson & Neubronner, telah dibina pada tahun 1908 oleh Kelab Kriket Pulau Pinang.

Namun banyak struktur sejarah telah musnah akibat berlakunya Perang Dunia II, apabila pengebom Allied mensasarkan Esplanade pada masa itu untuk digunakan oleh Angkatan Tentera Jepun



Apa Yang Menarik di Padang Kota Lama?

Padang Kota Lama atau nama baharunya, Esplanade sangat digemari para pelancong kerana ia terletak tepi laut. Pemandangan laut dan deretan bangunan cukup mengagumkan. Lokasinya yang strategik membuatkan ramai  orang awam menjadikannya sebagai tempat bersantai sambil menikmati angin laut yang segar.


Tidak dinafikan landskap yang tersusun indah dengan deretan pelbagai jenis pokok yang menawan serta kemudahan prasana disediakan untuk pengunjung bersantai antara faktor menjadi daya tarikan utama.

 

Selain itu anda berpeluang menikmati beberapa menu makanan unik boleh didapati di sini, gerai-gerai makanan disediakan memudahkan para pengunjung mendapatkannya.  Antara menu menarik ialah nasi kandar, pasembor, cendol dan mi sotong.

Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan mercu tanda pulau ini terletak di sini. Bangunanan yang digunakan pada zaman British suatu ketika dahulu ini  masih teguh berdiri dan kini menjadi Pejabat Pentadbiran Dewan Bandaraya Pulau Pinang.

Banyak tempat menarik yang lain boleh dikunjungi berdekatan dengan Padang Kota lama seperti Tugu Peringatan Perang, Kota Cornwallis dan Penang 3D Trick Art Museum.

Catat Ulasan

0 Ulasan