Subscribe Us

Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?


Ikan oarfish merupakan ikan yang hidup pada kedalaman lebih dari 198-1000 meter. Ikan ini termasuk dalam kategori ikan bertulang terpanjang di dunia. Panjangnya boleh mencapai lebih dari 11 meter. Walaupun sering dikaitkan dengan bencana, namun tidak ada penjelasan ilmiah yang menyatakan ikan oarfish merupakan petanda bakal berlakunya bencana.



Menurut ahli biologi, ada berbagai penjelasan mengenai kemunculan ikan oarfish di permukaan walaupun hidup di laut dalam. Pertama, ikan oarfish bukan perenang terhebat.  Habitat oarfish yang berada di laut sedalam 1000 meter memungkinkannya peka terhadap pergerakan lempeng bumi di dasar laut. Berkemungkinan ikan ini mampu mengesan lebih awal pergerakan lempeng bumi di dasar laut yang dapat menjadi punca berlakunya gempa.


Penjelasan lain bahawa perubahan arus laut monsun telah mendorong ikan ke permukaan. Oarfish akan berusaha untuk tetap berada di tempatnya, namun ketidakmampuan melawan arus membuatkan ikan tersebut kelelahan dan akhirnya mati.


Menurut kepercayaan sesetengah penduduk Jepun pula kononnya, apabila ikan berbentuk pipih panjang yang memiliki sisik warna-warni ini muncul ke permukaan, maka tidak lama akan terjadi bencana. Hubungan antara ikan oarfish dengan gempa bumi bermula dari legenda yang berlegar turun-temurun di kalangan penduduk Jepun.


Selanjutnya, penjelasan lain tentang kemunculan berulang ikan oarfish di permukaan adalah fasa suhu permukaan laut yang tidak normal. Kajian yang diterbitkan pada 2018 menunjukkan hubungan kejadian antara kemunculan ikan oarfish dengan tahun-tahun berlakunya El Nino.


Semasa berlakunya El Nino, suhu di permukaan laut lebih tinggi berbanding dengan suhu di laut dalam. Hal ini telah memengaruhi ikan oarfish memakan ikan kecil dan plankton yang berada di suhu air lebih tinggi. 


Walau apa pun pendapat dan hasil kajian tentang ikan ini semuanya berkemungkinan adalah benar. 

Post a Comment

1 Comments

Warisan Petani said…
Ada juga terbaca rencana ni