Subscribe Us

Kompleks Pekan Rabu Berwajah Baru


Kompleks Pekan Rabu kini berwajah baru dengan reka bentuk yang lebih moden dan terkini. Kompleks ini dinaik taraf dan dibangunkan semula di atas tanah seluas 5,062 meter persegi pada 2014 dengan kos RM56 juta. Kompleks baru ini telah beroperasi sepenuhnya pada Mac 2018.


Walaupun bangunan setinggi empat tingkat itu dibina dengan reka bentuk serba moden, namun ciri-ciri keunikan konsep asal Pekan Rabu itu masih dikekalkan dengan reka bentuknya turut dibina dengan konsep tradisional Islamik.



Jika dahulu Pekan Rabu dipisahkan dengan dua bangunan, fasa 1 dan fasa 2, sekarang ia dirangkumkan sekali, duduk dalam satu bumbung, dalam satu bangunan.  Apabila pelawat datang mereka tumpu satu tempat. Ini lebih memudahkan pengunjung untuk membeli-belah.


Jika dulu kompleks ini tidak ada tempat letak kereta, sekarang bangunan baharu ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta di bahagian bawah tanah sebanyak 203 unit ruang parkir kereta dan 118 tempat letak motosikal untuk kemudahan pengunjung.


Selain tempat letak kereta, bangunan baharu itu turut menyediakan sebanyak 355 ruang niaga termasuk 48 kiosk dan 24 gerai makan, kemudahan lif, surau, tandas, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan ruang pameran di tingkat bawah serta perhentian bas pelancong di bahagian luar.


Kompleks Pekan Rabu sememangnya menjadi tarikan utama pelancong ke Kedah sejak sekian lama dan ia menyediakan pelbagai jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).


Waktu perniagaan kompleks ini dibuka 7 hari seminggu bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.



Catat Ulasan

0 Ulasan