Subscribe Us

Jeram Tengkek Tempat Perkampungan Masyarakat Bunian


Jeram Tengkek Terletak di Hutan Simpan Serting, 30 km dari Pekan Bahau melalui jalanraya dari Pekan Bahau ke Kuala Pilah atau 75 km dari Seremban.  Untuk sampai ke taman eko-rimba ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi.

Jeram Tengkek merupakan Hutan Dipterokarp Pamah dan kaya dengan pelbagai faunanya seperti unggas dan serangga.  Sungai Jempol dan Sungai Tanun yang mengalir deras membentuk beberapa jeram semulajadi yang amat sesuai sebagai tempat berkelah, bermandi-manda, dan berkhemah.




Tengkek dikaitkan dengan peneroka pada suatu masa dahulu mendaki bukit bertingkat-tingkat sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk mendaki. Kehadiran batu besar di jeram ini yang mempunyai lekuk ditengah batu tersebut yang dikatakan jejak kerbau dan jejak kanak-kanak.


Batu kecil yang terdapat di jeram tersebut dahulunya dipanggil sebagai kapok digunakan sebagai kapok padi.


Menurut  cerita turun temurun daripada orang dulu-dulu, terdapat perkampungan bunian di Jeram Tengkek dan pernah dikatakan orang kampung berhampiran meminjam pinggan mangkuk dengan orang bunian untuk majlis kenduri kahwin. 


Hubungan antara masyarakat bunian dengan penduduk kampung berlangsung dengan baik untuk beberapa ketika. Malangnya apabila berlaku perselisihan kemungkiran janji, hubungan ‘sosial kontrak’ antara kedua-dua masyarakat ini telah terputus.  Sejauh mana kebenarannya hanya penduduk kampung berkenaan saja yang tahu. Hanya Allah swt yang Maha Pencipta dan yang Maha Mengetahui, tiada yang mustahil bagiNya. 


Kawasan untuk tempat bermandi-mandi sangat luas dan selesa di sepanjang sungai yang berbatu-batan besar bermula daripada air terjun sehinggalah ke tapak meletak kenderaan.
  Airnya sangat jernih dan sejuk amat menenangkan jiwa dengan bunyi deruan air sungai mengalir serta kicauan sang unggas. Banyak kemudahan disediakan oleh pihak pengurusan seperti tandas, surau, tapak perkhemahan, Wakaf, pelantar dan tempat letak kenderaan.


Cuma satu yo yang jadi masalah nak poie joram nih.  Sopanjang jalan dokek kampung tu sampai simpang ko joram tengkek, banyak bona bom-bom jangko doh, dah cubo elak-elak bom tu, tapi tokono jugak aduiii mak. Bukan sikit bom jangko tu... ponuh sopanjang jalan hmm... Kalau dapek pihak berkuasa tempatan usahakanlah supayo orang-orang kampung dapek momastikan lombu-lombu poliharaan masing-masing duk dalam kandang, jangan dibiarkan berkeliaran, beghak koncing, tido pun atas jalan rayo.  Yolahkan...jalan tu konolah bersih sobab eh untuk keselesaan pelancong atau pelawat nak poie joram Tengkek. Somugo mendapat perhatian pihak berkenaan.


Ni ado sikit gamba-gamba yang sompek den tangkap untuk tatapan semuo. Selamat beriadah bersama famili...



Catat Ulasan

1 Ulasan

Rusiah_Hazri berkata…
Pinggan kono boli sendiri dah Busu, kedai dh bnyk. Tak leh pinjam dan x pecah sbb ramai yg dah guna melamine je. 🤭