Subscribe Us

Galeri Darurat Bukit Kepong Bukti Sejarah Keganasan Komunis Malaya


Galeri Darurat Bukit Kepong (GDBK) dibina khusus bagi memperingati tragedi yang berlaku pada  jam 5 pagi, 23 Februari 1950, apabila segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Ia juga sebagai tanda untuk menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota polis yang berjuang bermati-matian dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.  


Bahan yang dipamerkan dan konsep pameran yang dipersembahkan adalah bersifat akademik bagi memudahkan para pelawat mendapatkan maklumat berkaitan peristiwa darurat sejajar dengan hasrat untuk menghargai sumbangan para pahlawan pasukan polis berjuang menentang kedurjanaan pengganas komunis yang bercita-cita untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik komunis.



Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah, berlaku pada jam 5 pagi, 23 Februari 1950 antara pihak polis dan segerombolan 200 orang pengganas komunis sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor.


Walaupun serangan pengganas berlaku di pelbagai tempat di negara ini, peristiwa Bukit Kepong paling diingat kerana ia bukan sahaja memaparkan semangat juang pasukan keselamatan, tetapi juga perpaduan apabila beberapa penduduk di kampung berhampiran turut sama memberi bantuan menentang serangan komunis.


Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.


Antara bahan pameran yang terdapat di galeri ini ialah;

* Gambar-gambar, keratan akhbar polis, senjata komunis,
* Senjata Jepun dan senjata yang pernah digunakan oleh ahli pasukan polis, senjata komunis,
* Replika Pejabat Pertanyaan, Bilik Lokap
*Peralatan berek kelamin, dapur berek kelamin, perlatan Kit Inspection,
* Peralatan berek bujang, 
* Peralatan Parti Komunis Malaya,
*Artifak era pendudukan Jepun, era darurat,
*Peralatan Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan
*Peristiwa Bukit Kepong, dan Pembentukan Malaysia

Gambar-gambar, keratan akhbar

Anak-anak yang masih di bangku sekolah seharusnya diberikan pendedahan awal tentang sejarah keganasan komunis terhadap bangsa dan negara.  Guru-guru mata pelajaran Sejarah perlu memainkan peranan dan tanggungjawab memastikan setiap peristiwa bersejarah negara sampai ke pengetahuan anak-anak kita supaya mereka memahami betapa pentingnya semangat cintakan tanah air, serta tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara adalah wajib bagi setiap warganegara.


Ayuh bangsaku, mari bersama pelajari dan hayati peristiwa bersejarah negara, jadikan teladan dan pengajaran, semoga kalian teguhkan tekad dan semangat juang membela dan mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta selamanya.


Senjata Jepun dan senjata yang pernah digunakan oleh ahli pasukan polis, senjata komunis
Replika Pejabat Pertanyaan, Bilik Lokap


Peralatan berek kelamin, peralatan Kit Inspection






Peralatan berek bujang



Peralatan Parti Komunis Malaya






Peristiwa Bukit Kepong, dan Pembentukan Malaysia


Cenderahati

Catat Ulasan

0 Ulasan