Subscribe Us

Air Terjun Victoria Terkenal di Dunia Kini Mengering

Selama beberapa dekad, Victoria Falls, di Sungai Zambezi Selatan Afrika yang mengalir terjun 100 meter ke bumi, sentiasa menarik berjuta-juta pelancong ke Zimbabwe dan Zambia untuk menikmati pemandangan air terjun yang amat menakjubkan di dunia.

Sejak beberapa tahun akhir-akhir ini, Air Terjun Victoria ini telah mengalami perubahan ketara dimana paras air sungai sangat berkurangan mendadak sehingga menjejaskan teruk keindahan aliran air terjun, sangat membimbangkan.

Keadaan ini akibat daripada perubahan iklim panas di Afrika. Perubahan drastik iklim merupakan perubahan kenaikan dan penurunan suhu yang tidak normal.


Air Terjun Victoria tercantik di dunia sebelum mengering
Maklumat terkini mendapati air terjun Victoria yang dulunya amat menakjubkan dengan pemandangan aliran air yang deras putih mengalir di tebing seperti pohon gossamer telah menghilang sepenuhnya.  Penduduk tempatan mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat keadaan jumlah air terjun tersebut amat berkurangan hampir kekeringan.

Situasi tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana ini akan memengaruhi pendapatan mereka daripada para pelawat seluruh dunia.  Meskipun air terjun belum benar-benar kering, keadaannya amat jauh berbeza dari hamburan air putih  bak salju telah berubah begitu dahsyat, hanya batu-batu hitam licin yang kelihatan.
Keadaan terkini Victoria Falls


Saksikan video 

Catat Ulasan

0 Ulasan