Subscribe Us

Terminal Jeti & Pantai Tanjung Leman Mersing, Destinasi Yang Mesti Dikunjungi


Terminal Jeti Tanjung Leman adalah jeti yang digunakan oleh pengunjung yang ingin ke pulau-pulau Selatan dari pantai timur Johor. Pulau-pulau yang diakses menggunakan jeti ini ialah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Tinggi, Pulau Apil, Pulau Kukus dan Pulau Sibu. 


Jeti ini terletak kira-kira 117 km dari bandar Johor Bahru dan anggaran masa yang diperlukan untuk sampai ke sini ialah kira-kira 1 jam 30 minit. Jika anda datang dari bandar Mersing, jaraknya adalah kira-kira 65 km atau 1 jam perjalanan.


Anda akan melalui melalui kawasan penempatang Felda Tenggaroh sebelum sampai ke destinasi.



Terdapat sebuah restoran kegemaran ramai (KFC) di sini. Suasana sekelilingnya sangat cantik dan menarik kerana restoran KFC ini terletak di tepi laut. Anda boleh saja menikmati hidangan sambil melihat-lihat keindahan suasana pantai yang sungguh menakjubkan dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.





Pantai Tanjung Leman antara pantai-pantai tercantik di negeri Johor malah  di Malaysia.  Pantai ini menjadi tumpuan penduduk sekitar dan yang datang dari jauh terutamanya pada hari cuti umum dan hujung minggu semata-mata untuk menikmati keindahan alamnya yang mempesona. Pasir pantainya yg putih bersih dan pantainya yang luas memanjang serta airnya yang jernih membiru amat sesuai untuk mandi- manda. 



Walaupun lokasi Pantai Tanjung Lemang agak jauh dari kawasan bandar, pengunjung tidak perlu risau kerana terdapat tempat-tempat penginapan yang menarik untuk pengunjung bermalam di sini.  Anda boleh saja menginap di  Felda Residence Tanjung LemanTunjuk Laut Beach Resort, dan lain-lain tempat penginapan berhampiran di Tanjung Leman.


Berhampiran jeti terdapat tempat yang amat sesuai untuk mereka yang mempunyai hobi memancing.

Catat Ulasan

0 Ulasan