Thursday, July 25, 2019

Petua: Melembutkan Daging Dengan Bawang Putih

Bermacam-macam petua telah kita ketahui bagaimana hendak melembutkan daging yang dimasak tetapi kadang-kadang tidak menjadi. Orang muo ingin berkongsi ilmu  dengan sahabat-sahabat satu petua untuk melembutkan daging. Mudah saja.
Jika anda membeli bawang putih, belilah labu bawang putih [contoh gambar]. Ambil tangkai labu bawang tersebut dan simpan. Tangkai labu bawang ini berguna untuk melembutkan daging yang kita masak. 

Untuk sekilo daging masukkan 3 atau 4 tangkai labu bawang putih ke dalam masakan anda, Daging menjadi lembut dan sedap. Petua ini sesuai untuk daging masak kari atau atau masakan jenis berkuah.  Selamat mencuba.

No comments: