Subscribe Us

Cara Mudah dan Murah Wangikan Kenderaan Anda

Anda pasti pernah berdepan dengan masalah kenderaan berbau busuk disebabkan hapak kasut atau tumpahan makanan dan minuman.  Biarpun selepas dicuci kadangkala aroma yang kurang menyenangkan itu masih melekat.

Justeru, bagi mengatasi masalah bau yang bersisa selain membuka tingkap semasa memandu atau sembur wangian kenderaan anda juga boleh menggunakan beberapa kaedah mudah dan murah seperti berikut;



1 Roti
Letakkan beberapa keping roti putih beralaskan tisu atau plastik di atas permukaan dashboard, ruang menyimpan botol minuman atau di atas kerusi kenderaan.
Biarkan semalaman kerana roti ini boleh menyerap bau kurang menyenangkan termasuk bau durian atau cempedak secara berkesan.

2 Daun Pandan
Ikatkan tiga atau empat helai daun pandan dan letakkan di bawah tempat duduk atau ruang yang terdapat di setiap pintu kenderaan. Keharuman daun tersebut membantu mengatasi masalah bau khususnya bau hapak kasut.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan potpuri kombinasi bunga-bunga kering yang mengeluarkan aroma lembut dan segar.

3 Kopi
Letakkan tiga sudu teh serbuk kopi asli di dalam plastik kecil tanpa perlu mengikatnya. Letakkan di mana-mana ruang di dalam kenderaan. Selepas dua atau tiga hari bau busuk itu akan hilang.

4 Arang
Ambil beberapa ketul arang dan diletakkan di atas lantai kereta atau ketulan arang dibungkus menggunakan tisu lalu dibiarkan di kawasan yang berbau.

sinarharian

Post a Comment

0 Comments