Subscribe Us

Kamera Kompak Terkecil di Dunia

Sony memperkenalkan kamera kompak terkecil di dunia yang akan berada  di pasaran Malaysia pada bulan Mei 2019.  Kamera yang diberi nama Sony RX0 II ini memiliki saiz yang sangat kecil iaitu 59mm x 40.5mm x 35mm dan berat hanyalah 135g sahaja. 

Dari aspek spesifikasi pula, ia disertakan dengan sensor berlapis iaitu Exmor RS CMOS 1.0 inci dan pemproses imej BionzX yang mampu menghasilkan gambar yang menarik pada resolusi 15.3MP. 


Turut disertakan dengan lensa 24mm dengan bukaan lensa F4. Ia pasti boleh mengambil gambar sepantas 1/32000 saat dan rakaman terus sebanyak 16FPS. Pastinya kamera ini mampu melakukan rakaman video beresolusi 4K pada kadar 30FPS per frame.

Ia juga disertakan dengan sistem penstabilan yang mampu memastikan anda merakam video tanpa gegaran serta hasil rakaman adalah cukup tajam.

Sumber: ering

Catat Ulasan

0 Ulasan