Tuesday, February 9, 2016

Iktibar Tahun Monyet : Prof Riduan Tee

Pepatah Cina berkaitan monyet berbunyi; semakin tinggi monyet memanjat, semakin terserlahlah punggungnya (bahagian sulit). Bermaksud, jika berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan segala tenaga dan bakat, yakinlah kejayaan pasti akan datang. Kata-kata ini dipegang orang Cina.

Tamadun Cina kaya dengan kata-kata hikmah sebegini, dalam menjalani kehidupan. Setiap tahun, binatang silih berganti, ada sahaja keistimewaan masing-masing. Mereka amat percaya, dan berusaha ke arah itu. Pendek kata, teori dipraktikkan.

Kata-kata hikmah Melayu tidak kurang hebatnya. Tetapi lebih teori  daripada praktik. Memilih yang negatif daripada positif. Misalnya, yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang. Praktiknya, kita lebih kepada menanti yang bulat datang menggolek, yang pipih datang melayang. Isu bauksit sebagai contoh. Berapa ramai lagi pegawai pejabat tanah akan didakwa?