Tuesday, June 28, 2016

Petua Orang Kampung Rawat Mata Rabun

 Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau mula 'hilang'. Beberapa petua ini mungkin akan jadi salah satu penawar bagi anda yang ada masalah rabun mata. Jom, semak...

1. Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.


2. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Thursday, June 23, 2016

Samsung Galaxy Note 6 hanya akan hadir dalam versi Edge


Laporan terbaru daripada Korea mendedahkan bahawa Samsung Galaxy Note 6 yang akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan sahaja lagi hanya akan hadir didalam versi yang mempunyai skrin sisi yang dikenali sebagai “Edge Screen”.

The Korea Herald telah melaporkan bahawa Samsung tidak bercadang untuk mengeluarkan versi biasa Galaxy Note 6 walaupun laporan awal mengatakan terdapat dua model telefon pintar Note 6 dibangunkan.

Galaxy Note 4, Galaxy S6 dan Galaxy S7 semuanya hadir dengan satu versi Edge bersama-sama versi biasa dan Samsung juga turut melancarkan Note Edge yang sehingga kini masih belum mempunyai pengganti.

Kita tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan apakah perancangan Samsung bagi Galaxy Note 6 kerana telefon pintar ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Ogos atau September tahun ini.