Tuesday, August 4, 2015

Lakaran Rasmi Galaxy Note 5 Didedahkan


Pelancaran Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+ akan diadakan di New York didalam masa 10 hari dan semakin kita hampir kepada tarikh pelancaran ini lebih banyak maklumat mengenai kedua-dua peranti ini didedahkan.

@evleaks yang memang terkenal dengan pemberian maklumat mengenai model-model telefon pintar yang belum dilancarkan kini telah memuat turun gambar rasmi kedua-dua telefon pintar baru Samsung ini.

Disebelah kiri ini adalah generasi kelima phablet Samsung Galaxy Note yang dilihat mempunyai reka bentuk yang sangat agresif. Panel sisi skrin paparan yang dimiliki oleh Note 5 ini dilhat sangat nipis.