Monday, July 13, 2015

Rebung Penurun Kolestrol

Banyak orang kurang suka sayur rebung kerana baunya yang kurang enak. Ramai yang tidak tahu bahawa rebung kaya serat dan berpotensi menurunkan kadar kolesterol darah. 
 
Tunas rebung buluh atau pucuk rebung sudah lama dikenali masyarakat kita sebagai bahan makanan, terutama untuk dibuat sayur. Selain lazat diolah, rebung juga kaya dengan serat pangan dan kalium. Oleh itu rebung dapat dijadikan penekan kadar kolesterol jahat dalam darah. 

Kandungan serat pangan rebung amat baik sekitar 2.56 persen, lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika lainnya.
Selain serat, kandungan lain yang utama dalam rebung mentah adalah air, iaitu sekitar 91 persen. Rebung mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.