Tuesday, February 10, 2015

Apa Itu Leptospirosis

Leptospirosis yang juga dikenali sebagai Penyakit Kencing Tikus ialah sejenis penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia (penyakit zoonosis).  Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira

CARA DAN PUNCA JANGKITAN
Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda haiwan liar yang lain

Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira.